Pages

Sunday, 17 March 2019

[Video Islam bukan pengganas! Bangga ada sifat kemanusiaan, ini kenyataan eggboy] Parti dia kesian kat Umno, kita pula kesian kat parti dia & Parti pakar pitenah loni.

Isnin, 18 Mac 2019

「Gambar Pas Umno sekelambu」的圖片搜尋結果

Lepas doa 'Umno mapuh' makbul, PAS berasa kasihan

"Antara isu besar dalam perkembangan politik negara (ialah) hasil daripada kejatuhan kerajaan BN baru-baru ini.
"Selepas kita pakat berdoa siang malam (supaya) mapuh (mampus, atau kalah) Umno... mapuh Umno... akhirnya tuhan makbulkan doa apabila BN - yang Umno menjadi terasnya - tumbang.
"Walaupun bukan kita naik jadi kerajaan, doa dan usaha kita selama ini jadi kenyataan," katanya.
Parti dia kesian kat Umno. Kita pula kesian kat parti dia.
1. Ada seorang pemimpin parti ehem dilapor berkata parti beliau biasa berdoa kemusnahan Umno dan sekarang ni parti beliau kesian pula pada Umno. Mungkin jika andaikta orang-orang tertentu yang didakwa di mahkamah dengan pelbagai skandal mega disabitkan bersalah mungkin juga "mereka" akan turut dikasihani. Nasib rakyat yang derita lama sebelum Umno tumbang tak pula kita dengar dikasihani.
2. Apapun dalam demokrasi, parti dia berhak kesian pada sesiapa hatta kesian pada parti kleptokrat dan bukan kesian pada rakyat yang melarat. Parti dia kesian pada Umno , kita pula kesian pada parti dia!
3. Yang lagi kita kesian kepada ahli-ahli bawah parti ehem yang jujur membela parti hingga bila dikatakan boleh bohong demi maslahat..tetap akur. Bila saman lepas tu tarik balik saman..akur. Diminta derma.akur. Dikatakan dah menang lepas tu" yang menang" pula kena bayar kos berjuta pada " yang kalah"..akur.
Opps bukan akur sheikh. Ini wala' lah . Enta mana tahu..enta tu jebon.
YB Sepang.
17/3/2019.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Pakar pitenah loni

1 comment:

  1. ramai yg tak nmpak bahyanya beberapa pemimpin PAS (tak semua)...ikut perlembagaan ketua agama islam adalah sultan atau agong...tapi ada pemimpin PAS yg berlagak mcm islam tu puak dia punya...puak dia tentukan...tu sbb apa sahaja yg dia buat walaupun menipu...bohong..pun dikatkan dgn islam...malangnya ramai pengikut pas bljr agama main ikut jer...tak bole nk fikir...sultan dan agong pun amik tak kesah...tu yg jadinya taliban...isis...daes....

    ReplyDelete