KiniTV
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menyindir hasrat Kementerian Pembangunan Usahawan yang menyasarkan penggunaan kereta terbang untuk kegunaan industri seperti pertanian serta pengangkutan awam.
Memetik di Facebooknya, bekas Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, adalah lebih wajar untuk Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof mencadangkan pembinaan basikal terbang berbanding kereta terbang.
Menurut Ahmad maslan, jika kereta terbang dicipta, rakyat terpaksa membayar cukai jalan dan tol.
Redzuan dilaporkan berkata, bagi industri pertanian, kereta terbang boleh digunakan untuk memantau ladang-ladang selain turut digunakan untuk menjaga keselamatan di sempadan negara.
Beliau berkata, prototaip kereta terbang dijangka siap seawal-awalnya Jun ini dan kos penghasilan prototaip itu tidak melebihi RM1 juta selain ia dibiayai oleh pihak swasta.
Katanya, kereta terbang yang bakal direalisasikan tahun ini hanya untuk kegunaan industri pengangkutan dan bukan untuk dijual kepada orang awam.
KERETA TERBANG TERHEMPAS DALAM PANDU UJI PENERBANGAN
Otai BERSIH
Betul seperti yang Tun kata kan... "kemenangan bn pada PRK Semenyih tak jadi apa... kerjasama pas dan bn hanya pada PRK sahaja. Tapi pada PRU, antara pas dan umno tak akan bekerjasama. Sebaliknya, mereka saling menentang. Kalau nak bekerjasama, pas dan umno kena bertanding menggunakan 1 logo sahaja."
Sama ada logo BN, atau pun logo Pas?
Pastinya antara pas dan umno saling tidak bersetuju jika mereka menggunakan logo pas (bagi umnobn), atau logo bn (bagi pas).
Bijak cara Tun menjawab soalan tentang isu PRK Semenyih.
Pas, UMNO gabung dalam satu komponen, bina kekuatan
KUALA LUMPUR 11 Sept. – Pas tidak mempunyai pilihan selain daripada bergabung dengan UMNO di bawah Barisan Nasional (BN) atau membentuk satu komponen parti baharu bagi membina kekuatan menentang Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum akan datang.
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof. Madya Dr. Jeniri Amir berkata, bagi mencapai matlamat itu, Pas dan UMNO perlu lebih bertolak ansur dan bukannya hanya memperjuangkan Islam dan Melayu.
Menurut beliau, kedua-dua parti seharusnya memperjuangkan hak semua kaum bagi meraih keyakinan parti-parti komponen lain terutamanya MIC dan MCA.
“Mereka tidak ada pilihan, kalau hendak menentang PH, mereka perlu melupakan sejarah mereka yang punyai konflik suatu masa dahulu. Mereka perlu jalin kerjasama utuh bagi mendepani PH sebagai parti pemerintah,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.
Utusan.
Mcm mane mat maslan cakap, mcm tu juga la mereka kata bila kapal terbang nak dicipta... Buat aje. Jadi atau tak no 2. Yg penting jgn curi duit, pas tu kongsi.
ReplyDelete