Pages

Thursday, 14 March 2019

[Video LANGSUNG: Parlimen Khamis, 14 Mac 2019 (Sesi Petang)] Bezanya Darurat dan Darurat Bencana, semoga maklum MP2! Suspek buang toksik di Pasir Gudang belum dapat didakwa.

Khamis, 14 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: teks
Kami Viral
「Gambar Bencana toksid di Pasir Gudang」的圖片搜尋結果
「Gambar Bencana toksid di Pasir Gudang」的圖片搜尋結果

Bezanya Darurat dan Darurat Bencana. Semoga maklum.
Share sebanyak mungkin sampai Ahli Parlimen pandai guna istilah 'Darurat Bencana' berbanding 'Darurat' itu sendiri.
Mungkin ada darurat di Pasir Gudang? Betul ke?
Saya cuba rungkaikan apa itu 'darurat' dalam konteks situasi di Pasir Gudang.
'Darurat' yang disebut-sebut dalam Parlimen ini berlainan dengan Pengisytiharan Darurat dalam Perlembagaan. Perkara 150 memberi kuasa kepada Yang di Pertuan Agong, bertindak atas nasihat Perdana Menteri, untuk mengisytiharkan Darurat.
Apabila Darurat diisytiharkan bawah Perkara 150, maknanya undang-undang boleh dibuat tanpa melalui Parlimen. Ia juga bermakna, beberapa kebebasan asasi boleh dinafikan melalui undang-undang tersebut. Contoh, Ordinan Darurat yang sebelum ini berkuatkuasa.
Darurat seperti ini adalah dalam situasi di mana terdapatnya ancaman kepada keselamatan dalam negeri, ketenteraman awam atau kelangsungan ekonomi.
TETAPI, apa yang mungkin berlaku di Pasir Gudang BUKANLAH Darurat bawah Perkara 150.
Sekiranya ada Darurat, ia adalah 'Darurat Bencana'. Darurat Bencana ini tidak memberikan apa-apa kuasa tambahan kepada Kerajaan Persekutuan. Ia tidak diisytiharkan oleh YDPA.
Darurat bencana ini tidak diperuntukkan melalui apa-apa undang-undang khusus, tetapi melalui Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20 : Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, yakni suatu arahan eksekutif yang terpakai dalam Kerajaan.
Arahan ini disediakan bertujuan untuk menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan bencana secara menyeluruh termasuk peranan dan tanggungjawab agensi Kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan sukarela meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas berlaku sesuatu bencana supaya pengemblengan sumber dapat disepadukan bagi mengelakkan pembaziran, konflik serta pertindihan peranan.
Maknanya, ia untuk melancarkan dan memastikan pengurusan sesuatu bencana dijalankan dengan baik dan tersusun.
Darurat bencana ini tidak bermakna akan ada perintah berkurung dan sebagainya. Kehidupan seharian rakyat Johor dan warga Pasir Gudang, jika tidak dalam kawasan yang terlibat, tidak akan terjejas.
Apa situasi yang membolehkan Darurat Bencana ini diisytiharkan? Ia tidak dinyatakan secara khusus dalam Arahan tersebut. Tidak dinyatakan pada tahap mana perlu ada Darurat Bencana. Maknanya, ia bergantung kepada Kerajaan sendiri. Sekiranya Kerajaan rasa sitausi masih terkawal, mereka tidak perlu Darurat Bencana buat masa ini.
Akhir sekali, kita jangan ingat bahawa 'Darurat Bencana' ini suatu terma magik yang boleh selesaikan semua isu di Pasir Gudang, atau mana-mana situasi kecemasan. Ia semua bergantung kepada respon Kerajaan pada kejadian. Sekiranya ia boleh ditangani, tidak perlu isytihar Darurat Bencana.

Pendakwaan ke atas seorang pengusaha kilang tayar kitar semula yang dipercayai membuang sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, belum dapat dilakukan hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata, pendakwaan belum dapat dilakukan berikutan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu melengkapkan kertas siasatan.
"Kertas siasatan mahkamah telah dihantar kepada pejabat timbalan pendakwa raya dan JAS diminta untuk menambah beberapa lagi maklumat untuk melengkapkan kertas siasatan tersebut.
"Pendakwaan masih belum lagi dapat dilakukan sehingga mendapatkan arahan lanjut daripada pihak timbalan pendakwa raya," katanya menerusi kenyataan, di Johor Bahru, hari ini.
Terdahulu, lebih 20 pengamal media dari pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah di Johor Bahru seawal 7 pagi tadi untuk membuat liputan mengenai pendakwaan kes tersebut.
Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Inovasi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memaklumkan kertas siasatan berhubung kejadian itu diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM500,000, jika disabit kesalahan.
Jangan keruhkan keadaan
Sementara itu, Sahruddin menggesa semua pihak supaya tidak mempolitikkan lagi isu pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, sekali gus berhenti menyebarkan berita tidak benar mengenainya.
Beliau turut meminta mereka terus berdoa supaya kejadian itu berjaya diatasi dengan baik, dan beliau sendiri akan terus bekerja untuk rakyat Johor.
"Berhentilah menangguk di air yang keruh.
"Janganlah mengeruhkan lagi keadaan dalam ujian yang kita semua kena hadapi di Pasir Gudang sekarang ini," katanya menerusi catatan dalam laman Facebook beliau, yang dimuat naik malam tadi.
Sahruddin yang juga Adun Bukit Kepong berkata beliau masih ingat kejadian banjir besar yang melanda Kelantan pada 2014 yang mana semua pihak bersatu padu sebagai rakyat Malaysia berdoa dan menghulurkan bantuan ke sana.
"Waktu itu tidak ada taruhan politik lagi. Bantuan dihulurkan tanpa mengira bendera parti. Waktu itu tidak ada PAS, Umno atau DAP.
"Semuanya bersatu atas semangat negara bangsa. Ini common sense. Semangat kemanusiaan," katanya.
Bernama
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment