PEMBOHONGAN SELEPAS PEMBOHONGAN
Taajub dengan perangai Abduh ni. Mula mula mamat Beduh tidak mengaku rakaman audio itu tulen dan dakwa dia difitnah. Selepas SR buktikan audio Abduh tulen, dia mengaku sebenarnya dia berbohong dengan restu presiden. Dah di kwajipan untuk dia menipu ketika itu.
Dalam rakaman itu dia mengaku terima duit UMNO. Kepala lebai lain pun ada makan dedak Umno jugak katanya.
Hari ini dia BERBOHONG sekali lagi mengatakan puak lebai bagi duit kepada SR. Agak agak apa pulak alasan Abduh atas penipuan ini?
P/s: Hanya walaunbodo sahaja yang akan percaya kepada kamu wahai penunggang agama. Satu persatu Allah dah tunjuk sekarang.
Masih nak mengencing ke?
Tidaklah saya tahu sama ada kata kata Nik Abduh Nik Aziz pada rakaman audio yang heboh diperkatakan baru baru ini boleh diklasifikasikan sebagai bohong sunat. Yang saya tahu berikutan hujah Nik Abduh dan pemimpin PAS mempertahankan tindakannya. PAS dituduh membuat pembohongan sesuatu yang mematuhi syariah. Dalam bahasa Inggeris shariah compliance.
TS.
Jangan lupa muka-muka ulama yang perdagang agama. Sanggup pula bohong ahli bawahan dan menyatakan wajib bohong ahli demi maslahat umat.
Mokhtar: Kenang wanita kafir ini dalam doamu
Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik menyampaikan pesan kepada penyokong partinya agar mengingat wajah editor Sarawak Report ketika berdoa.
Kenyataan itu dibuat ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menyiasat dakwaan penyaluran dana RM90 juta daripada Umno kepada pemimpin PAS seperti yang dilapor Sarawak Report sebelum ini.
“Kepada ahli-ahli dan penyokong PAS, ingat betul-betul wajah wanita kafir ini dan wajah-wajah sekutu-sekutu mereka ketika anda menadah tangan berdoa kepada Allah disetiap kejauhan malam.
Wang pada pemimpin PAS 'diputihkan' melalui akaun lain
Wang yang disalurkan kepada pemimpin PAS dilaporkan tidak dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing, tetapi 'diputihkan' menerusi beberapa akaun lain terlebih dahulu.
Memetik sumber, Berita Harian melaporkan, mereka difahamkan langkah itu dibuat bagi mengelakkan transaksi itu dikesan atau dibuktikan dengan mudah jika dihidu.
Menurut laporan itu lagi, wang dibekukan dalam siasatan penyaluran wang RM90 juta dari Umno kepada pemimpin PAS bukan sahaja milik individu disyaki, tetapi juga pihak yang terlibat dalam proses pemutihan wang.
“Penggunaan akaun lain untuk menerima wang bertujuan menggelakkan transaksi dikesan, serta bagi mengaburi pihak berkuasa,” sumber itu dipetik sebagai berkata.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment