Pages

Tuesday, 19 March 2019

[Video MP PH BAGAN SERAI 'MEMBASUH' MP PEMBANGKANG] Serangan Christchurch: Syarikat ternama boikot, tarik iklan daripada Facebook, Google & Kalau ‘EGG BOY’ duduk di Malaysia, dia akan dimaki hamun secara berjemaah oleh penyokong pembangkang PASUmno.

Selasa, 19 Mac 2019
Serangan Christchurch: Syarikat ternama boikot, tarik iklan daripada Facebook, Google
Serangan Christchurch: Syarikat ternama boikot, tarik iklan daripada Facebook, Google
"JIKA pemilik laman web dapat menyasarkan iklan kepada pengunjung dalam kurang sesaat, kenapa teknologi sama tidak dapat digunakan untuk mencegah kandungan negatif yang disiar secara langsung?"

Itu persoalan yang diajukan Persatuan Pengiklan New Zealand dan Majlis Komunikasi Komersial kepada platform media sosial yang didakwa gagal menapis bahan siaran pada laman web mereka.

Tindakan ini susulan insiden serangan pengganas di Christchurch yang disiar secara langsung di media sosial pada Jumaat.

Ia turut mengeluarkan kenyataan menyeru syarikat di bawah seliaannya untuk mempertimbangkan semula pelaburan iklan serta platform pengiklanan mereka.
Ekoran kenyataan itu, beberapa syarikat ternama New Zealand dilapor bertindak memboikot platform media sosial yang didapati menayangkan serangan tidak berperikemanusiaan itu, lapor The New Zealand Herald.

ASB Bank, francais makanan segera Burger King serta syarikat telekomunikasi Spark antaranya dilapor telah menarik iklan mereka daripada Facebook dan Google.

Syarikat lain seperti Kiwibank, ANZ Bank New Zealand, Bank of New Zealand dan Lotto New Zealand juga telah menarik pengiklanan digital mereka sejak berlakunya insiden tersebut.

Kesepakatan dicapai syarikat-syarikat itu adalah bagi menegaskan pendirian tentang "bahaya akibat kandungan dalam talian yang tidak dikawal selia" dan menggesa syarikat berasaskan teknologi terbabit mengambil tindakan sewajarnya.

"Beberapa syarikat mula mempersoalkan sama ada mereka mahu dikaitkan dengan platform media sosial yang tidak dapat mengesan atau tidak bertanggungjawab di atas kandungan di laman tersebut.

"Kami mencabar Facebook dan pemilik platform lain untuk segera mengambil langkah mengawal kandungan negatif dengan berkesan sebelum tragedi lain disiarkan secara dalam talian," menurut kenyataan itu lagi.

Facebook dan Google dilapor tidak menjawab permintaan untuk memberikan komen berhubung perkara ini.

Tidak dinyatakan tempoh boikot itu akan dijalankan.
Astro Awani.
「Gambar Eggboy」的圖片搜尋結果

APA TERJADI JIKA ‘EGG BOY’ ADA DI MALAYSIA?

Saya perhatikan ramai yang menyanjungi tindakan anak muda dari Australia ini, terutamanya dari kalangan orang Islam di negara ini.
Beliau dilihat bangun mempertahankan kumpulan minoriti dan menolak fahaman perkauman yang menyalahkan kumpulan minoriti atas segala masalah masyarakat.
Kalau budak ini duduk di Malaysia, dia akan dimaki hamun secara berjemaah oleh penyokong pembangkang PASUmno.
Tetapi kita jarang melihat cermin sendiri apabila kita memilih apa yang menyedapkan hati kita, walaupun itu jelas menunjukkan kita tidak berpegang kepada sebarang prinsip.
Di luar negara, budak berani yang bangun berhadapan dengan seorang pemuka perkauman – kepada penyokong pembangkang PASUmno, budak ini adalah wira.
Di dalam negara, sesiapa yang bangun berhadapan dengan fahaman perkauman yang mereka bawa – kepada penyokong pembangkang PASUmno, orang ini pengkhianat bangsa.
Rafizi Ramli
Naib Presiden PKR.

No comments:

Post a Comment