Terbukti PAS Hipokrit
Tak Nak BN
Kami Viral
Masa Tun Mahathir jadi PM ke-4, aku sokong PAS... Dalam duk marah ke UMNO tu, tapi dalam dalam diam-diam sebenarnya hati banyak puji Dr Mahathir dan kagum dengannya... Salah satu perkara yang aku sokong Mahathir waktu itu ialah ketegasannya dalam soal perkauman dan soal fahaman agama yang ekstrim dan menyalahgunakan agama dan menjadikan Islam itu seperti ala-ala militan... Bab ni Tun cukup tegas, tiada kompromi, dulu.... Kita bangga dengan PM ketika itu walaupun kita sokong pembangkang.
Sekarang, ketika kita sokong kerajaan PH dan kita sokong Tun Mahathir sebagai PM ke-7, kita agak terkejut dengan sikap Tun yang terlalu baik, terlalu berlembut, terlalu bagi muka kepada pembangkang, macai, lebai dan wala'un yang sedang giat memainkan isu agama dan perkauman untuk menghasut rakyat supaya menentang kerajaan.
Sebenarnya itu masalah utama dengan politik kita sekarang.... PAS dan UMNO sedang menghangatkan nyalaan api.... Wala'un dan pencacai sudah meniupkan bara perkauman dengan mencipta isu-isu sensiitif untuk menimbulkan keresahan di kalangan rakyat, dan riak-riak ketegangan itu dicetuskan dengan mengatas-namakan agama sebagai topeng untuk menghalalkan kerja haram mereka.
Di PRK Cameron Highlands dan Semenyih, penyebab utama calon PH kalah ialah kerana isu ini.... sentimen agama dan perkauman.
Diharap Muhyidin Yasin lebih bertegas dalam soal ini... Buat seperti KDN di zaman Tun jadi PM ke-4 dulu... Tutup segala ruang dan kesempatan untuk mana-mana pihak yang mahu menggugat keharmonian masyarakat yang kita kecapi selama ini.... Tangkap mana-mana individu yang didapati cuba menghasut rakyat ke arah ketegangan kaum dan rusuhan agama.
Kepada Dr Mujahid, kurangkan bercakap dalam isu-isu yang tidak perlu, isu yang sengaja ditimbulkan untuk mengundang polemik yang tidak ada faedah langsung... Pihak pembangkang tanpa faedah sebenarnya sedang mencari modal politik.... Mereka mahu mengalih perhatian rakyat daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh parti mereka.
Dari segi kekuatan parti, sebenarnya UMNO sedang sakaratul-maut.... tapi PAS masih kuat... Ahli PAS dianggarkan lebih kurang 600 ribu orang.... Yang betul-betul tegar yang jadi wala'un kkarat ija tetap sokong PAS walau malaikat turun dari langit kkabo PAS tak betul pun mereka tetap tak percaya.... Yang ni ada 200 ribu orang.... Ini dah tak boleh buat apa dah.
Ada lagi 400 ribu yang tidak tegar mana.... Puak ni tak payah tunggu malaikat, nampak kertas gambar kepala agong pun terus lupa kopiah atas kepala.... Tapi kita bukanlah nak beri pitis suruh mereka tinggalkan PAS, tidak.... Tapi cuba pengaruhi mereka, terangkan keadaan sebenar, apa kesalahan PAS, apa kelemahan PAS, apa pembohongan PAS, dan kenapa kita perlu sokong kerajaan sekarang dan tolak PAS dan UMNO.... terangkan akan bahaya perkauman dan semangat asobiyah parti dengan bertopengkan agama tu adalah bercanggah dengan Islam, dan tidak termasuk dalam perintah Allah dan Rasul pun.
ok aar, tu je nak kkabo.
#copypaste
Abe Awang Malaya
Abe Awang Malaya
No comments:
Post a Comment