KiniTV
Di tengah-tengah kritikan terhadap penyertaan kerajaan dalam Statut Rom dan usaha meratifikasi Icerd sebelum itu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajan hanya akan mengambil aspek "baik" dalam setiap triti antarabangsa.
Beliau juga berkata nilai-nilai "aneh" yang terkandung dalam triti antrabangsa itu akan ditolak.
Bodoh punya Najib Razak. Nurul Izzah Anwar tu bkn menteri & dia tak peranan dlm kabinet utk berkerja dgn Dr. Mahathir bin Mohamad. Dia nak letak semua jawatan pun x ada masalah dan x ada isu utk si bodoh Jibby nak main. Jadi lagi memalukan klu tak layak tp nak duduk. Nurul izzah sedar diri & tahu diri dia tak layak kerna beremosi & dia letak jawatan demi kebaikan semua. Najib ada buat mcmtu? Nampak tak?
Nurul Izzah Anwar mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Ahli parlimen Permatang Pauh berkata keputusan itu dibuat selepas kecewa dengan “langkah perlahan” pentadbiran Pakatan Harapan (PH), lapor Straits Times Singapura.
“Saya sudah katakan ini penggal terakhir saya. Itu rancangan saya sekarang,” katanya.
Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PH juga terlalu taksub dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga kurang memberi tumpuan kepada rakyat.
“1MDB akan sampai ke peringkatnya. Selepas itu rakyat mahukan keselesaan dan peningkatan dalam hidup,” katanya.
Wanita DAP Selangor ucap takziah pada keluarga mangsa serangan masjid di NZ
Wanita DAP Selangor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Haziq Mohd Tarmizi yang terkorban dalam serangan keganasan di dua masjid di Christchurch, New Zealand minggu lalu.
Menyifatkan serangan tersebut sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan, Setiausaha Publisiti Wanita DAP Selangor, Michelle Ng berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya insiden tersebut.
“Pihak kami juga mendoakan semoga mangsa-mangsa yang lain iaitu saudara Mohd Tarmizi Shuib, bapa kepada Mohd Haziq, saudara Rahimi Ahmad dan saudara Mohd Nazril Hisham Omar dipelihara kesihatan dan cepat sembuh,” katanya dalam kenyataan.
Selepas hampir seminggu pencarian dilakukan, Mohd Haziq, 17, yang hilang sejak Jumaat lepas disahkan telah meninggal dunia.
Mengulas lanjut, Michelle yang juga Adun Subang Jaya berkata, Wanita DAP Selangor sentiasa menyokong keamanan dan menggesa rakyat Malaysia agar saling menghormati antara satu sama lain.
“Marilah kita saling menolak sikap prejudis dan lebih menumpu usaha untuk mengalakkan keharmonian.
“Apabila kita bersama-sama mengutuk kebencian dan saling menghargai kepelbagaian, kita akan dapat mencapai keamanan.
“DAP Wanita Selangor menyeru agar semua rakyat Malaysia bersama-sama bersatu padu dalam melaksanakan cita-cita yang kita ingini,” ujarnya. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment