Pages

Saturday, 2 March 2019

[Video Sebut Rasuah, NAJIB TEMBAK KAKI SENDIRI] 'Analisis Kekalahan PH Di Semenyih' PH perlukan Anwar Ibrahim sebelum masuk pada PRU15.

Ahad, 3 Mac 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
Analisis Kekalahan PH Di Semenyih; Kenapa Ia Sendiri Bagus Untuk PH.
1) Dalam PRU lepas Undi PH dapat 1/3 undi melayu kira-kira dalam 33%.
2) Dalam PRK kali ini nampak nya BN+ PAS boleh menang tipis PRK walaupun undi PH melayu meningkat sebanyak 40%.
3) Di Jepun pada tahun 2009, LDP telah hilang kuasa setelah berdekad berkuasa kepada DPJ.
4) Dan DPJ telah kalah hanya setelah sepenggal berkuasa pada 2012.
5) For what ever reason, jangan biar sejarah DPJ berulang pada PH
6) PH tidak boleh terlalu membiarkan kebebasan suara tanpa kawalan.
7) Pembangkang sekarang bukanlah pembangkang seperti PH dahulu.
8) Kekuatan mereka hanya menghasut rakyat menggunakan 3R, Race, Royalti dan Religion. Dengan cara 3R ini mereka akan cuba menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama.
9) Parti Islam hanya pada nama dan langsung tiada ciri-ciri Islam pada pemimpin mereka dari makan duit orang secara batil dan berbohong
10) PH kena menguatkuasakan akta keharmonian antara agama, bila beberapa orang pemimpin mereka sudah di dakwa di atas akta ini, pengikut mereka akan lebih beringat bila hendak menabur fitnah
11) PH perlu memberi perhatian pada jentera cyber/maya. Kementerian komunikasi melalui Gobind Singh Deo perlu mengambil berat tentang perkara ini jika tidak mahu menjadi kerajaan sepenggal. Ini sangat penting kerana lebih 40% penggundi terdiri dari golongan muda yang medium utamanya adalah media sosial seperti Facebook, twitter dan instagram
12) Setiausaha akhbar menteri juga perlu kompetent dalam menangani fitnah pembangkang. Pecat atau tukar sahaja mereka yang tidak perform.
13) Menteri-menteri PH juga perlu lebih bijak dalam membuat kenyataan media. Menteri keselamatan dalam negeri Muhyiddin Yassin perlu lebih cakna dan tukar sahaja mana pegawai-pegawai kerajaan yang cenderung pada regim yang terdahulu
14) Di Selangor, pembangkang yang sedikit boleh membuatkan tiada check and balance. Sebab itu menteri besar selangor tidak popular di kalangan rakyat selangor sendiri. Dan tiada dasar2 baharu oleh MB Selangor menambah buruk lagi perestasi PH selangor. Kemenangan PH di selangor adalah dari usaha ahli2 parti komponen PH, jika MB yang tidak competant boleh menyebabkan PH kehilangan Selangor, langkah yang terbaik ialah menukar segera menteri besar yang lebih berkaliber
15) PH kena anggap kekalahan di semenyih sebagai wake up call kerana status quo seat ini adalah milik PH
16) Walaupun saya menjangkakan yang kesatuan pembangkang akan berpecah sebelum PRU15 kerana 10% ahli PAS tidak mahu bersama dengan UMNO dan PAS dari segi sejarahnya hendak menjadi abang sulung dalam kesatuan. Bila kerusi PAS dan UMNO bertanding adakan bertindan, mereka biasanya susah hendak mencapai kata sepakat. Kalau Presiden PAS pada PRU 15 masih lagi Haji Hadi dan Presiden UMNO masih lagi Zahid, PH masih ada lagi peluang untuk memerintah. Tapi PH tak boleh bergantung kepada kelemahan lawan semata-mata untuk menang
17) PH perlukan Anwar Ibrahim sebelum masuk pada PRU15. Ini penting kerana dasar ekonomi anwar dan approach Anwar agak berbeza dengan Tun M. Dan Anwar mampu menghalang anasir jahat dari Parti Islam kerana imej Islam moderate yang di bawa. Saya boleh lihat ketokohan Anwar hampir sama dengan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan. Bila anwar sudah mengambil alih, PAS sendiri sudah hilang aura yang kata hanya parti dia yang memperjuangkan Islam di malaysia
18) Sistem kehakiman negara juga perlu memberi perhatian khas kepada kes2 salah laku melibatkan regim terdahulu dan parti agama. Ini kerana minda orang melayu sangat pelik, walaupun sudah 42 ++ tuduhan rasuah terhadap Najib, mereka kata Najib masih bebas dan justeru itu tidak bersalah. Mereka tidak mahu ambil tahu perjalanan sistem kehakiman dari pendakwaan, ikat jamin dsb. Cara yang paling mudah ialah extradisi Sirul dari Australia dan buka semula kes altantuya. Jika tertuduh dalam kes pembunuhan , biasanya tiada ikat jamin, Jadi Najib akan di tahan di penjara sampai menunggu tarikh perbicaraan. Bila ini berlaku, Najib tidak lagi akan cuba menangguh tarikh perbicaraan dengan pelbagai alasan yang pelik2.
19) Pimpinan Parti Agama yang mengambil duit UMNO perlu lah di ambil tindakan dengan segera. Lagi lama PH membiarkan mereka bebas akan banyak lagi fitnah dari mereka. Kalau SPRM kekurangan resource, mereka perlu tangkap seorang sahaja yang mastermind dalam kes ini dah dakwa atas akta pengubalan wang haram
""Sometimes we need to lose the small battles in order to win the war"
Penyokong PH, Ahli Amanah Negara Kawasan Kapar.
Mukhlis Sharif

No comments:

Post a Comment