Pages

Monday, 4 March 2019

[Video SEMBOYAN Telah Berbunyi] Mat Sabu-MAHU TUNGGU APA LAGI, SAMPAI SEMUANYA MENJADI DEBU? Tahniah ATM kerana peka akan isu ini! Banteras fitnah habis-habisan!

Isnin, 4 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Foto diedit
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan luaran
Foto sebenarnya
Kerja menfitnah dan memainkan isu bangsa atau agama wajib ditangangi dengan tegas oleh kerajaan PH.
Jangan kerana atas nama kebebasan bersuara, kerajaan PH dengan mudah difitnah oleh mereka mereka yang sentiasa menyebarkan kebencian kepada orang ramai supaya terus membenci kerajaan PH.
Cukuplah bertindak lembut dengan puak puak haprak ini!

MAHU TUNGGU APA LAGI, SAMPAI SEMUANYA MENJADI DEBU...
Berita palsu dan fitnah hari ini sudah menjadi perkara biasa. Sasaran juga bukan sahaja kepada golongan politik atau agensi tertentu kerajaan tetapi mendalam sampai ke berhubung keselamatan dan pertahanan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah antara agensi kerajaan yang dimain-main dan dipersendakkan. Berbagai perkara sinis dilakukan ada kadang-kadang fitnah kering dilemparkan kepada Menteri, Dr Mujahid Yusuf yang bertanggungjawab kepada jabatan itu.
Kenyataan-kenyataan menteri tidak payah diambil kira lagi, ia diputer belit sedap hati mengikut kehendak rasa. Pelaku fitnah dan pencipta berita palsu ini adalah anasir perosak negara. Mereka ini tidak tahu membezakan mana yang bentuk humor dan mana yang serius. Bagi mereka semuanya disapu asalkan memuaskan hati dan mencapai agenda politiknya. Perosak negara ini semacam dilindungi dengan khilaf-khilaf hukum agama pula.
Dan apa yang berlaku kepada ATM ini, (gambar tentera di eksploitasi kononnya memegang baner tertulis “Jangan Hina Nabi Kami” ) sesuatu yang sudah dikira melampau. Tidak sepatutnya ATM turut sama diekpsloitasikan untuk kepentingan mereka. Kalau setakat hendak memfitnah Menteri, Mohamad Sabu masih dikira halal. Tetapi kalau sudah membabitkan anggota dan pasukan keselamatan yang tidak wajar disentuh dan diperolok-olokkan sudah melampau.
Mungkin gambar fitnah ini bertujuan untuk menyerang Mohamad Sabu tetapi bahan propagandanya itu sesuatu yang sungguh biadap. Sipembuatnya sangat naif dan buta etika media massa.
Molek sangat kalau pihak berwajib membuat siasatan berhubung fitnah ini. Pihak ATM sendiri perlu menggunakan kepakaran yang ada untuk mengenal pasti “binatang” mana yang melakukan kerja ini. Jangan lepaskan mereka. Maruah ATM perlu dijaga. Dan sekiranya binatang yang tergamak melakukkan ini dijumpai, heretlah mereka ke muka pengadilan tanpa apologetik lagi. Kalau perlu tembak, nah tembak biar berkecai kepala.
Pihak kerajaan tidak perlu bersabar dalam melayan fitnah yang boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan dan maruah rakyat negara ini. Pihak berkuasa, khasnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) tidak perlu berlembut. Menterinya Gobind perlu sedar bahaya ini.
Dan kalau berleluasanya fitnah ini kerana pengenalan politik baru PH (memberi kebebasan tanpa hak oleh kerajaan hari ini), ia adalah politik tahi kucing. Kebebasan dan politik baru itu perlu dinyahkan. Tidak perlu berbangga dengan polisi dan dasar yang tak berfaedah dan merosak negara. Politik liberal tidak sesuai diamalkan dalam negara yang masyarakatnya belum tamadun. Cis. Trims.
P/s: Cari pelaku ini sampai kelubang cacing. Tindakan wajib dikenakan kepada mana mana pihak yang cuba membuat fitnah.
Tahniah ATM kerana peka akan isu ini! Banteras fitnah habis habisan!

4 comments:

  1. Kami anggota ATM berpijak di bumi nyata. Dimana kami gerak disitu kami setia.Tidak kira siapa Pemerintah kita.Setia Tuah ada batasnya,kami ada akal dan mampu berfikir.Usah di bakar dengan sentimen.Orang luar usah kuatir.Khidmat kami untuk Negara dan Agama tercinta

    ReplyDelete
  2. Kami anggota ATM berpijak di bumi nyata. Dimana kami gerak disitu kami setia.Tidak kira siapa Pemerintah kita.Setia Tuah ada batasnya,kami ada akal dan mampu berfikir.Usah di bakar dengan sentimen.Orang luar usah kuatir.Khidmat kami untuk Negara dan Agama tercinta

    ReplyDelete
  3. Kami anggota ATM berpijak di bumi nyata. Dimana kami gerak disitu kami setia.Tidak kira siapa Pemerintah kita.Setia Tuah ada batasnya,kami ada akal dan mampu berfikir.Usah di bakar dengan sentimen.Orang luar usah kuatir.Khidmat kami untuk Negara dan Agama tercinta

    ReplyDelete