Nak terkencinglah tu...
Laporan prosiding rayuan Najib Razak di Mahkamah Rayuan hari ini yang dihentikan seketika susulan tindakan bekas perdana menteri itu yang keluar ke tandas tanpa memberitahu sesiapa termasuk peguamnya mendapat perhatian Timbalan Menteri Undang-undang Hanipa Maidin.
Alah bisa tegal biasa bossku. Ada tertuduh yang didakwa di mahkamah dilaporkan telah keluar ke tandas ketika proses mahkamah sedang berlangsung. Kesalahan beliau ialah keluar tanpa minta izin/ beritahu mahkamah melalui peguambela beliau," katanya dalam suatu hantaran di media sosial malam ini.
Hanipa bagaimanapun tidak menamakan Najib tetapi kenyataannya dipercayai merujuk kepada MP Pekan itu apabila menyebut "mantan perdana menteri didakwa di mahkamah."
"To be fair (untuk berlaku adil) mungkin juga beliau tidak familiar (biasa) dengan prosedur mahkamah.
"Begitu juga kita orang Malaysia yang tak familiar melihat mantan PM didakwa di mahkamah jauh sekali nak lihat duduk di kandang OKT (orang kena tuduh)," sindir pemimpin Amanah itu.
Menurut Hanipa pendakwaan dan perbicaraan terhadap bekas perdana menteri merupakan hikmah peralihan kuasa pada PRU14 lalu.
"Inilah kehebatan 9 Mei 2018, banyak benda yang tak familiar dulu, kini dah mula familiar.
"Selepas ni, andai kata disabitkan bersalah mungkin kena familiar pulak peraturan atau prosedur penjara bosku," jelasnya.
Terdahulu petang tadi, peguam Muhammad Shafee Abdullan yang mewakili Najib memberitahu hakim bahawa beliau telah menjelaskan kepada anak guamnya kepentingan untuk memberi isyarat kepada peguam supaya memastikan jika prosiding boleh dihentikan untuk membolehkannya ke tandas.
Ketika ditemui selepas prosiding hari ini, Shafee berkata Najib hanya menunjukkan ketertibannya.
"Dia bukan peguam. Dia fikir dia bertindak tertib dengan secara senyap meninggalkan kamar untuk tidak mengganggu prosiding. Dia tak tahu tak boleh keluar, walau seminit (tanpa minta kebenaran)," katanya. - mk
TS.
Kelemahan barisan peguam ialah, mereka telah gagal untuk menerangkan peraturan dalam mahkamah kepada anak guamnya sendiri sebelum tarikh perbicaraan. Untuk memesongkan fakta ini, maka dikatakan pula anak guamnya begitu tertib pula...podahh!
ReplyDeleteMasalahnya, bebudak sekolah pun diajar ketika ingin keluar ke bilik air mesti minta kebenaran dari gurunya tetapi biasalah perangai penyamun, buat sesuatu ikut suka hati dia je. Undang2, moral dan halal apatahlagi haram mana ada kesah! Itu pasal duit rakyat, harta negara hatta duit orang nak pergi haji pun dia balun. Apa malu bossku? Memang dia tak malu sebab penyamun dan lanun mana ada rasa malu! Itu yang dok guna slogan "Apa malu Bossku" sebab memang lanun dan pencuri takde rasa malu hatta sebesar butir zarah pun dalam hati! Next time bila ada pencuri, penyamun, peragut dan perasuah ditangkap eloklah semua pakat ramai2 sorak "Apa malu pak penyamun ku"!
ReplyDeleteNick.
Cape Tiger.
Yg merungsingkan yalah perbicaraan ini diMahkamah Rayuan dan jelas Bossku tidak tunjuk hormat kpd Tuan2 Hakim, sedangkan dia OKT. Orang ramai di gallery pun tahu protokol nak keluar dari Mahkamah, asas peraturan bila hadir mahkamah.
ReplyDeleteApakah tindakan Bossku ini spt dia lunak dgn Hakim2 Mahkamah Rayuan yg keputusan2 bakal menyebelahi beliau?
Bila baca affidavit Judge Hamid mengenai salahlaku2 dan misconduct judiciari berlaku di peringkat Mahkamah Rayuan, kita sangat berharap Tuan2 Hakim yang mengadili kes Bossku ini membuat judgment yang adil kpd rakyat ingin supaya Penyamun ini dibicarakan tanpa lengah lagi.
Rakyat sidang memerhati tiada salahlaku berlaku dengan keputusan kes ini.
Takpe kalau kata dsn ni jenis org tak tahu hidup susah kerana lahir dlm sarang emas. Tapi kalau sampai law dlm mahkamah pun tak tau, susah akit la.
ReplyDelete