Pages

Wednesday, 20 March 2019

[Video Kerajaan TIDAK ABAI mangsa keganasan di Christchurch] Mujahid ke New Zealand petang ini, menemui keluarga mangsa dan menyampaikan khutbah Jumaat! Solat jenazah ghaib seluruh Malaysia buat Haziq esok! Walaun bila mengata orang tak ingat dunia..PasUmno takkan dapat tubuh kerajaan di Perak SEBAB kuncinya ada di Putrajaya.

Khamis, 21 Mac 2019
Jom Channel
Kerajaan Malaysia melakukan yang terbaik untuk membantu mangsa dan keluarga keganasan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lepas, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra. Justeru Kerajaan berpendapat laporan the Star bertarikh 18 Mac adalah tidak tepat. "Selain dua pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, yang terbang ke Christchurch pada penerbangan paling awal pada hari Sabtu, 16 Mac 2019, Kementerian Luar Negeri juga mengerahkan Timbalan Ketua
Mujahid akan berlepas ke New Zealand petang ini untuk bertemu waris remaja yang terbunuh dalam serangan ganas ke atas masjid di Christchurch minggu lalu.

Solat jenazah ghaib seluruh Malaysia buat Haziq esok

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof meminta semua masjid di seluruh negara mengadakan solat jenazah ghaib selepas sembahyang Jumaat esok.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Mujahid berkata, ia sejajar dengan berita amat mendukacitakan yang diterima hari ini berkait terkorbannya remaja Malaysia Muhammad Haziq Mohd Tarmizi di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu.
"Dengan berita yang amat mendukacitakan ini, semua masjid di seluruh Malaysia diminta mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Mohd Haziq selepas solat Jumaat esok," katanya.
Dalam kenyataan sama Mujahid memberitahu beliau akan berlepas ke Christchurch pada petang ini untuk menjadi wakil Putrajaya bertemu dengan keluarga mangsa serangan pelampau terbabit.
Menurut Jabatan Perdana Menteri Muhajid dijadual bertemu keluarga Allahyarham Muhammad Haziq sejurus tiba di Christchurch.
Beliau kemudian akan menyampaikan khutbah di salah satu masjid yang diserang sebelum mendirikan solat Jumaat di situ.
Malaysiakini.
Imej mungkin mengandungi: teks
Sekarang ni orang gila dah macam macam!
Otai BERSIH
Kelmarin masa tengah makan tengah hari, ada pakcik ni berlari anak datang kat aku...dengan wajah ceria nya di tunjukkan sebaran Wassap yg dia terima.. Kata dia, Nampaknya Perak dah jatuh.. UMNO dan PAS katanya Isnin nak mengadap Sultan..
Aku dengar dengar tu.. terus tersedak, bukan nya terkejut,sebab nak tergelak.. entah laporan mana lah pakcik ni dapat..Video Utusan pengumuman Anuar Zaini tahun 2009 depa boleh percaya.. begitu rendah nya IQ penyokong PAS.. sian pun ada..
sekarang ni orang gila macam macam, yang berangan nak Jadi MB.. Berangan nak jadi Kerajaan.. mcm mcm..apa lagi menantu Haji Hadi ngan Razman tu,bukan cukup IQ sangat..mcm Pak Mertua dia..
Mudah jer aku bagi tahu pakcik tu.. Pakcik..Selagi Mahathir jadi PM.. selagi Kerajaan kat Putrajaya tu milik PH..Kalau PAS dan UMNO ada lebih 5 Kerusi pun, depa takkan dapat tubuh Kerajaan..
kunci nak tubuh Kerajaan tu ada kat Putrajaya.. mcm Najib jatuhkan Kerajaan PAS perak tahun 2009 dulu.. jatuhkan Nizar, walaupun PR masa tu ada kelebihan 3 Kerusi... Nak tubuh Kerajaan ni bukan mcm buat Roti canai..
Wan Azizah dulu dah terlebih cukup sokongan nak dilantik MB Selangor.. tapi malangnya kuasa di Putrajaya tu lebih berkuasa, Bayangkan Wan Azizah tak boleh masuk Istana walaupun cukup sokongan..Tapi Hj Hadi hat sesat dari Terengganu , hat takda kaitan dengan Selangor pulak boleh masuk Istana.. tu lah kuasa sakti yg ada di Putrajaya.. Broker mcm Rameli Musa tahu lah...Dia lah jambatan PAS dan UMNO..
Masa lepas PRU 14 sebelum ni, sebenarnya PAS dan UMNO dah mampu tubuh Kerajaan Perak pun, bukan cerita hari ni.. Hj Hadi dah keluar watikah..Zambry dah umum cukup sokongan.. Menantu Hj Hadi dah berlakon menangis kat tepi tangga yg dia terpaksa korbankan prinsip demi Islam dan melayu.... agaknya Baju Melayu hitam pun dah siap pakai nak angkat sumpah jadi Exco..
Bila Sampai hari ke Istana, Tiba2 Hilang 2 orang Adun UMNO...mcm Hilangnya 2 adun PKR sebelum Kerajaan PAS dan Nizar tumbang dulu.. Sokongan yg UMNO dan PAS terima tak cukup... itulah kalau nak tahu kuasa yang ada di Putrajaya.. kunci dia ada kat Sana..
Jangan kan Perak.. hatta di Sabah, sampai Ketua Menteri bertukar dalam masa 1 Hari.. BN dan UMNO dah cukup kerusi.. Lebih 5 Kerusi.. Itu pun kena Sailang.. Sebabnya kunci nak tubuhkan Kerajaan ada di Putrajaya.. Tu Sebab masa malam kemenangan PRU 14.. Tun Mahathir kena segera angkat Sumpah.. Sebab segala kuasa tu ada kat Perdana Menteri..
Aku pesan kat Pakcik tu.. Tak Payah layan lah cerita cerita mcm tu.. Aku kata PAS dan UMNO sekarang tengah gila.. Meroyan.. kejap buat cerita ada Undi Tak percaya kat Parlimen.. Kejap kata Kerajaan Kedah dan Perak akan tumbang... depa tu berangan nak buat gaya 16 September..Tapi Politik depa level Kampung.. level Lebai..
Biaqkan depa berangan... tak salahpun nak berangan...mcm Hj Hadi dok berangan jadi King maker.. Jadi Menteri.. Sapa percaya sebelum ni, PAS dapat sokongan UMNO dan jentera Kerajaan pun masih gagal halang PH ke Putrajaya.. Aku pun hampir tak percaya.. apa lagi kalau dah kuasa Putrajaya kat tangan..
Tu Pun kalau Anwar jadi PM.. Ekonomi dah pulih.. PAS ngan UMNO akan tinggal Sejarah jer lah.. Tu hat Pak Haji Hadi cukup marah,Dendam sangat dengan Anwar tu

1 comment:

  1. Ape nak hairan. Semalam saya berborak dgn macai. Dia sembang dap control Malaysia, tun nak jual negara la. Ph biar cina kutuk nabi. Last saya tanya yg dia tau tak tindakkan diambil. Dia kata tak cukup berat. Last saya buka cerita Alvin. Malang nya dia tak tau. Saya buka blok utk tunjuk biadapnya alvin pada islam dan hukuman yg ringan dikenakan oada dia. Dia kata tak tau, tak pernah dengar. Saya cakap ko tak oernah dengar pasal org yg kecoh cerita ni tgh kenyang dulu. Buang masa je kecoh, yg dihina tu takkan buat agama aku luak pun. Tapi skang ni tgh sasau. Miss soru. Tu yg dubuat kecoh. Tu la golongan macai yg ada kat negara ku.

    ReplyDelete