Bicara kes Najib bersambung esok tengah hari
Perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan Najib Razak dan dana RM42 juta memasuki hari keenam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Bekas perdana menteri itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk menyelewengkan dana yang berkaitan dengan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC).
Ia adalah sebahagian daripada puluhan tuduhan yang dikenakan ke atas ahli politik berusia 65 tahun itu selepas BN - buat pertama kali - gagal mendapat mandat daripada rakyat untuk menjadi kerajaan pusat serta kebanyakan negeri pada 9 Mei 2018.
No comments:
Post a Comment