Lagi 4 akaun belum di dedah. Buka akaun duit masuk, keluar duit berjoli, tutup 5 akaun. Saya keliru terus jawapannya.
Suara Rakyat
Letih nak ikut politik PAS.. makin gila dan hilang kewarasannya..
Bila suruh tolak calon bukan Islam, KELUAR DALIL 1..
Bila suruh sokong calon bukan Islam, KELUAR DALIL 2..
Kenapa PAS sokong PBS & MCA yang terang2 dan muktamad menolak bantah RUU355 & HUDUD? Tetapi bila DAP 'TIDAK BERSETUJU' dgn kandungan RUU355, PAS mencerca & memfitnah DAP?
#PRKSandakan Menunjukkan sikap munafik PAS.
Otai BERSIH
Indahnya bersama Pas
Boleh maki hamun pada yg x sehaluan..
Boleh mengkafirkan orng..
Sungguh indah bersama Pas
Kamu tidak boleh bohong..
Tapi aku boleh bohong demi Pas..
Indahnya bersama Pas
Aku bleh putuskan saudara demi Pas..
Aku bleh sokong kafir janji bukan Dap..
Indah sungguh bersama Pas
Semua benda aku boleh buat...
Walau pon bertentangan amalan agama..
Jika aku langgar itu kerna aku Pas..
Boleh maki hamun pada yg x sehaluan..
Boleh mengkafirkan orng..
Sungguh indah bersama Pas
Kamu tidak boleh bohong..
Tapi aku boleh bohong demi Pas..
Indahnya bersama Pas
Aku bleh putuskan saudara demi Pas..
Aku bleh sokong kafir janji bukan Dap..
Indah sungguh bersama Pas
Semua benda aku boleh buat...
Walau pon bertentangan amalan agama..
Jika aku langgar itu kerna aku Pas..
Bacalah apa yg Mokhtar Fiqah ni cakap...sesat lagi menyesatkan.. PAS bukan agama la bodo..
Indahnya berada dalam PAS...'
PAS digambarkan salah seorang pemimpin kanannya sebagai sebuah kumpulan yang terpilih apabila pelbagai kebaikan yang pernah dinyatakan Rasulullah SAW ada pada parti tersebut.
Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata ada beberapa petanda diajarkan Nabi Muhammad mengenai sesuatu kaum yang diredai.
Ulama terkenal itu menjelaskan, apabila Allah mahu menjadikan sesuatu kaum itu baik, Dia akan mentakdirkan tiga perkara, iaitu:
Kaum itu dipimpin oleh hukama' (bijak pandai) dalam kalangan mereka
Dipandu ulama dalam kumpulan mereka
Dijadikal harta berada pada tangan orang yang dermawan dalam kalangan mereka.
"Indah sungguh berada dalam PAS.
Dipandu ulama dalam kumpulan mereka
Dijadikal harta berada pada tangan orang yang dermawan dalam kalangan mereka.
"Indah sungguh berada dalam PAS.
"Semua kebaikan yang disebut oleh nabi ada di dalamnya. Syukur," kata bekas calon PAS untuk kawasan Padang Besar itu di media sosial beliau hari ini.
Menyertai hantaran tersebut potongan hadis Rasulullah dan dua keping gambar Presiden PAS Abdul Hadi Awang masing-masing sedang berdoa dan berehat dipercayai di rumah beliau di Marang, Terengganu.
Kenyataan tersebut dibuat sehari selepas media menyiarkan laporan pengakuan bekas presiden Umno, Najib Razak, yang mengakui berpakat secara "senyap-senyap" dan pada waktu "malam" dengan Abdul Hadi semasa berbincang mengenai cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang juga dikenali sebagai Akta 355.
Dulu berputik, kini realiti
Cadangan meminda akta tersebut dibawa melalui usul persendirian oleh Abdul Hadi namun sehingga kerajaan BN dikalahkan PH pada PRU tahun lalu ia tidak pernah dibahaskan di Dewan Rakyat.
Isu berkenaan juga menyebabkan berlaku perpecahan dalam PAS dan pada masa sama membawa parti itu dan Umno semakin erat di sebalik sejarah permusuhan selama beberapa puluh tahun.
Semalam media melaporkan Najib - yang kini dibicarakan atas tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa - mengakui 'penyatuan' PAS dan Umno sekarang adalah hasil dari usaha beliau dan Abdul Hadi.
Kata Najib usaha itu bermula ketika perbincangan isu Akta 355 dan perkara-perkara lain ketika beliau masih menjadi presiden Umno dan perdana menteri.
"Sebab saya telah usahakan senyap-senyap perkara ini selama ini dengan Tok Guru Hadi (Abdul Hadi) waktu malam dia datang bincang RUU355 dan perkara-perakra bersangkut paut kepentingan umat Islam.
"Hari ini saya rasa begitu bersyukur apa saya telah mulakan, berputik zaman saya, hari ini telah menjadi realiti," katanya.
Melalui hantaran yang sama Mokhtar menjelaskan ada tiga tanda sesuatu kaum itu tidak mendapat rahmat Allah.
Katanya apabila Allah mahu sesuatu kaum itu menjadi jahat maka Dia mentakdirkan mereka dipimpin oleh orang bodoh, dipandu oleh orang yang jahil dan dan dijadikan harta berada pada tangan orang yang bakhil
Lebai2 kaki bohong cuba nak buat damage control! Masih lagi nak sebar BIDAAH kononnya PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Rasulullah SAW bukan ahli PAS. Khalifah Abu bakar dan sahabat2 yang lain pun dulu tak pernah dok kuar kenyataan sapa yang taat kat depa tanpa alasan dan tanpa berfikir adalah ahli syurga. Abu Bakar tak pernah dok ishtihar sapa yang menyokong dia akn masuk syurga, Umar, Ustman dan Ali (R.A) kesemuanya tak pernah pun dok mengaku bahawa sapa2 yang sokong dan walak kat dia terus dijamin syurga. Masa perang Jamal takde pun Syaidina ALI mahupun Isteri Rasulullah SAW Sydh Aishah mendakwa sapa2 yang sokong mereka akan masuk syurga sedangkan mereka itu Rasulullah sendiri jamin ahli syurga. Sekarang ni, lebai2 yang tak tau lagi tinggi mana martabat kat akhirat boleh dok kuar fatwa kononnya sesiapa yang ada no keahlian PAS ada anak kunci syurga? Masyaallah! Ini BIDAAH besar keatas Islam! Para sahabat2 Rasulullah SAW ini tegaskan bahawa sesiapa yang taat kepada Al Quran dan Sunnah, itulah Islam dan sesiapa yang mengucapkan syahadah maka mereka juga Islam, walaupun tak sokong dan tak bersetuju dengan mereka. Itu lah ajaran Islam dan itulah amalan ke jalan lurus. Bukannya dok menunggang agama untuk dapat jawatan dan kuasa yang lebai2 kaki bohong ni gunakan suka perdayakan ahli2 mereka. Bidaah sapa2 yang dok yakin bahawa "PAS itu Islam dan Islam itu PAS'! BIDAAH dan bidaah itu tempatnya ke neraka!
ReplyDeleteNick.
cape Tiger.