Sultan Kelantan tarik gelaran Azeez
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menarik balik anugerah darjah kebesaran anggota parlimen Baling, Abdul Azeez Rahim berkuat kuasa, 2 April lalu.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Negeri Kelantan Nazran Muhammad kepada Malaysiakini, hari ini.
"Ya," katanya ringkas ketika dihubungi melalui pesanan aplikasi Whatsapp ketika ditanya mengenai kesahihan surat pengumuman menarik balik gelaran itu yang sebelum ini viral di laman sosial.
Darjah kebesaran itu ialah Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Dato'.
Surat tersebut juga menegaskan bahawa Azeez tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran Dato' dan apa-apa kuasa atau perkara yang berkaitan darjah kebesaran itu.
Beliau diturut diarahkan supaya memulangkan kembali ketandaan darjah kebesaran berkaitan dengan serta-merta.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment