Pages

Wednesday, 10 April 2019

[Video BEKAS PENGARAH AGAMA FELDA DEDAH SALAH GUNA KUASA zaman UmnoBN] Akibat rasuah BN, kerajaan PH kini tanggung RM6200 juta bantu peneroka Felda & KERTAS PUTIH Ke Arah Kelestarian Felda! Usul gantung Najib kerana bocorkan awal Kertas Putih Felda, auw yeaah!.

Khamis, 11 April 2019
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, teks dan luaran
Akibat rasuah BN, kerajaan PH kini tanggung RM6200 juta bantu peneroka Felda!
Tiada penerangan foto disediakan.

Usul gantung Najib kerana bocorkan awal Kertas Putih Felda

Dewan Rakyat hari ini dijangka meluluskan usul menggantung tugas Najib Razak (BN-Pekan) sebagai ahli parlimen selama tiga bulan kerana melakukan suatu perbuatan menghina majlis Dewan Rakyat.
Najib didakwa melanggar embargo dokumen Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Felda dengan memuat naik sebahagian daripada kandungan itu di halaman Facebooknya.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul, usul penggantungan akan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Bahawa pada hari Selasa, 9 April 2019, 5.39 petang, Yang Berhormat Pekan, Najib Razak, mengeluarkan kenyataan dan memaparkan perenggan 1.4.6 dan 1.4.7, muka surat 8, Lampiran 1 - Bab 3, Kertas Putih Ke Arah Kelestarian FELDA di akaun media sosial Facebook beliau ‘Najib Razak’.
“Kertas Putih berkenaan adalah Kertas Perintah 6 Tahun 2019 yang masih dalam Embargo sehingga 11.30 pagi, Rabu, 10 April 2019,” katanya.


Menurut usul berkenaan, Dewan Rakyat memandang serius perbuatan Najib yang melanggar Peraturan Mesyuarat 95A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat.
“Maka inilah dipersetujui bahawa Pekan (Najib) hendaklah digantung daripada tugasnya sebagai Ahli Parlimen selama tiga bulan," katanya.
Mengikut tatacara dewan, usul berkenaan akan disokong oleh seorang Ahli Parlimen sebelum Speaker mengeluarkan arahan menguatkuasakan perintah penggantungan.
Bekas Perdana Menteri itu tidak hadir sepanjang persidangan dewan semalam.
Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Rakyat akan berakhir hari ini manakala Mesyuarat Kedua dijadualkan bermula pada 1 hingga 18 Julai depan.
Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata beliau telah mengemukakan satu usul supaya Najib Razak dikenakan tindakan keras kerana melanggar embargo Kertas Putih ‘Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan (Felda).
Beliau berkata usul itu telah dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, pagi tadi.
“Persoalannya, bagaimana seorang bekas perdana menteri boleh melakukan kesalahan begitu, membocorkan dokumen yang di embargo sehingga pagi ini tetapi telah dibocorkan petang semalam.
“Sebab itu awal pagi ini, saya telah kemukakan usul kepada Speaker supaya tindakan keras diambil terhadap Yang Berhormat Pekan. Ini satu kesalahan besar,” katanya ketika menggulung perbahasan Kertas Putih berkenaan di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) membangkitkan mengenai tindakan Najib melanggar Peraturan Mesyuarat 95A, berhubung dokumen embargo yang tidak boleh disiarkan dengan apa cara sekali pun sebelum dibentangkan.
“Adakah menteri (Mohamed Azmin) sedar beliau (Najib) telah memasukkan sebahagian dokumen embargo ini di Facebook sekitar jam 6 petang semalam,” soal Ahmad Fahmi ketika mencelah penggulungan perbahasan itu.
Mohamed Azmin dalam penggulungan itu turut menjelaskan dakwaan Pinjaman Sara Hidup dan bantuan Pendahuluan Hasil akan dikurangkan daripada RM1,500 kepada RM1,000 adalah tidak benar sama sekali.
“Ini adalah propaganda Umno menjelang (Pilihan Raya Kecil) Rantau. Saya telah umumkan pagi tadi (semasa pembentangan Kertas Putih) kadar sedia ada dikekalkan iaitu RM1,500,” katanya.
Dalam pada itu, Kertas Putih bertujuan memberi penjelasan mengenai isu dihadapi Felda serta pelan pemulihannya yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini kemudian diluluskan sebulat suara oleh Dewan Rakyat.
Kertas Putih itu antaranya menyatakan kerajaan Pakatan Harapan bersetuju memberi bantuan kewangan sebanyak RM6.23 bilion kepada Felda, berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat mengikut keperluan.
Malaysiakini.

2 comments:

  1. Apakah Anda mencari pinjaman untuk memulai bisnis atau proyek yang sesuai keinginan Anda? Di KARINA ROLAND LOAN COMPANY, Kami menawarkan semua jenis bantuan keuangan untuk semua individu yang membutuhkan pinjaman seperti "pinjaman pribadi, pinjaman investasi, pinjaman rumah dan perusahaan pinjaman di seluruh dunia, suku bunga kami adalah 2% per tahun. Kami juga memberikan saran bantuan kepada klien dan pelamar kami. Jika Anda memiliki proyek yang baik atau ingin memulai bisnis dan memerlukan pinjaman untuk segera membiayainya, kami dapat membicarakannya, menandatangani kontrak, dan kemudian mendanai proyek atau bisnis Anda untuk Anda bersama dengan Bank Dunia dan Bank Industri.

    Hubungi KARINA ROLAND LOAN COMPANY hari ini untuk mata uang yang Anda inginkan.

    Kategori Bisnis

    Bisnis Merchandising.
    Bisnis manufaktur
    Bisnis Hibrid.
    Kepemilikan tunggal
    Kemitraan.
    Perusahaan.
    Perseroan terbatas.
    pinjaman pribadi.
    pinjaman investasi.
    Pinjaman Hutang.
    Kredit Pemilikan Rumah.

    PERUSAHAAN PINJAMAN KARINA ROLAND

    Kebutuhan keuangan Anda Hubungi kami melalui Email:
    Email: Karinarolandloancompany@gmail.com
    Watsapp: +1 (802) -332-3445

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada MRS KARINA ROLAND
    Nama saya ANNISA LOGAN, saya dari Indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman di internet bahwa mereka harus sangat hati-hati karena internet penuh dengan penipu, beberapa bulan yang lalu saya benar-benar membutuhkan pinjaman, untuk meningkatkan saloon penata rambut saya, tetapi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, yang hampir mengacaukan hidup saya, sampai seorang teman merujuk saya ke salah satu pemberi pinjaman bernama MOTHER KARINA, pemilik KARINA ROLAND LOAN COMPANY, yang saya hubungi dan dia mengatakan kepada saya bahwa jika saya dapat memenuhi syarat dan ketentuan mereka bahwa pinjaman saya akan diberikan kepada saya dalam waktu kurang dari 24 jam yang saya lakukan, setelah itu saya mengajukan pinjaman 450 juta rupiah setelah detail saya diverifikasi dalam waktu kurang dari 24 jam, rekening bank saya dikreditkan. sekarang saya sangat senang atas kerja baik MOTHER KARINA dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk berbagi kesaksian saya tentang MOTHER KARINA, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman dalam bentuk apa pun, silakan hubungi MOTHER KARINA melalui email: karinarolandloancompany@gmail.com, atau whatsapp saja +13128721592 Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: annisalogan622gan@gmail.com untuk kerja bagusnya dalam hidup saya dalam hidup saya dan keluargaku.

    ReplyDelete