KiniTV
Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini membekalkan surat yang menunjukkan tawaran pembelian Bangunan Malaysia di Hong Kong pada harga RM1.68 bilion.
Ini selepas Presiden MCA, Wee Ka Siong mendakwa tawaran sebenar adalah HK$1.6 bilion dan menyatakan keyakinan Lim tidak akan berani membuktikan ia adalah RM1.6 bilion.
"Saya kesal dakawaannya bahawa saya tidak boleh bezakan antara ringgit dan dolar Hong Kong, ini adalah fitnah jahat, malah dia minta saya untuk meletakkan jawatan.
"Sekarang, saya meminta dia pula untuk letak jawatan kerana membuat tuduhan tidak berasas. Dia meneruskan budaya fitnah oleh pembangkang.
"PAS dan Umno telah berkata tidak salah untuk berbohong dan nampaknya MCA sedang dijangkiti," kata Lim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Bangunan Malaysia di Hong Kong mula mendapat perhatian ramai apabila bekas perdana menteri Najib Razak menuduh Putrajaya menjual aset negara.
Walau bagaimanapun, Lim kemudian mendedahkan jualan itu telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini semasa di bawah pentadbiran Najib pada harga RM1.1 bilion melalui rundingan terus. Kerajaan baru kemudiannya dilaporkan telah campur tangan dan mengadakan tender terbuka, dan menerima tawaran setinggi RM1.68 bilion.
Menurut surat yang dikeluarkan oleh Lim, tawaran RM1.68 bilion itu dibuat pada 20 Januari lalu.
Genap 10 tahun. 3 April 2009 angkat sumpah. 3 April 2019 mula perbicaraan.
Otai BERSIH
Pada tarikh yang sama 10 tahun lalu, beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam menggantikan Tun Abdullah Badawi dan hari ini Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama dihadapkan ke mahkamah.
No comments:
Post a Comment