Pages

Monday, 15 April 2019

[Video Kes 1MDB, perbicaraan Najib, Arul bermula Nov ini] Bila Najib dah masuk kandang mahkamah & dibicara baru tahu 1 juta saham SRC dipegang Menteri Kewangan! Kenapa selepas PH jadik kerajaan baru kita tahu penyelewengan & rompakan duit Khazanah, Felda, Tabung Haji, LTAT, KWAP, KWSP, PNB, dan dan etc.

Selasa, 16 April 2019
KiniTV
Perbicaraan Najib Razak dan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy mengenai dakwaan mereka "meminda" laporan audit syarikat itu akan bermula Nov ini dan Januari tahun depan. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah menetapkan perbicaraan bersama itu akan bermula dari 18 Nov hingga 29 Nov sebelum disambung pada 13 Jan hingga 17 Jan 2020. Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu pagi ini selepas kedua-dua peguam tertuduh bersetuju untuk mengadakan perbicaraan bersama. N Sivananthan bertindak sebagai penguam bela Arul Kanda manakala Najib diwakili oleh Muhammad Shafee Abdullah. Timbalan Pendakwa Raya Fatnin Yusof memberitahu mahkamah pihaknya akan memanggil antara 25 hingga 30 saksi sepanjang tempoh perbicaraan. Mohamed Zaini menetapkan pengurusan bagi kes itu dibuat pada 29 Ogos. Selepas ketetapan tarikh dibuat, Arul Kanda dan Najib pergi ke mahkamah lain dalam kawasan sama bagi menghadiri perbicaraan membabitkan tuduhan salah guna kuasa dan pecah amanah anggota parlimen Pekan itu.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Bila Najib masuk kandang mahkamah & dibicara baru tahu 1 juta saham SRC dipegang Menteri Kewangan.
Apa dah jadi pada 1 juta saham SRC tersebut yg dipegang Najib ?
Sama-sama kita nantikan hujah2 & fakta yg bakal didedahkan dlm mahkamah nnti.

Otai BERSIH

Kenapa selepas PH jadik kerajaan baru kita tahu perkara berikut? :
1) Khazanah
- Separuh kerugian Khazanah kerana 'Bail-out' MAS.
- MAS menyebabkan 6000 orang rakyat Malaysia hilang pekerjaan demi membela 2 orang CEO Mat Salleh.
- CEO Mat Salleh gadai laluan MAS kepada Emirates lepas tu dia resign keje dengan Emirates.
- Syarikat-syarikat GLC bawah Khazanah jugak gagal menyumbangkan keuntungan.
2) Felda
- Felda mempunyai hutang RM8 bilion hingga menjejaskan perancangan tanam semula.
- FGV yang merupakan IPO kedua terbesar di dunia gagal memberikan pulangan kepada Felda seperti yang 'dibawangkan'.
- FGV membeli ladang milik Peter Sondakh pada nilai yang lebih tinggi daripada market price. Disahkan oleh Jabatan Audit sendiri.
- Pelaburan FGV di luar negara tidak menguntungkan langsung.
3) Tabung Haji
- TH sejak 2014 lagi sepatutnya diisytiharkan rugi dan tidak boleh isytihar Hibah kerana nilai liabiliti melebihi nilai aset.
- Najib dan Azeez menyembunyikan kerugian TH dengan memanipulasikan nilai aset dan liabiliti TH tanpa mempedulikan Akta TH sendiri yang melarang sedemikian.
- TH turut diperalatkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya untuk 'Bail-out' skandal 1MDB menerusi pembelian hartanah TRX.
- Lembaga Pengarah TH jugak dianggotai oleh Pengurusan 1MDB.
LTAT
- Syarikat-syarikat GLC milik LTAT terlibat dalam pembelian AES pada harga tinggi.
- Dana LTAT jugak dikatakan dipergunakan untuk menutup skandal 1MDB.
- Menteri Pertahanan sendiri baru-baru ini mendedahkan pembinaan 2 kem tentera melibatkan GLC bawah LTAT hanya semata-mata untuk tambah pengundi UMNO.
KWAP
- RM3 bilion duit KWAP hangus dipergunakan oleh 1MDB melibatkan urusniaga dengan IPIC.
- Sampai sekarang duit itu tidak diganti tetapi 'Money Trail' menunjukkan ianya disonglap oleh Jho Low - rakan Najib sendiri dalam 1MDB
KWSP
- Pelaburan EPF di UK untuk projek Battersea tidak menguntungkan.
- EPF jugak kerugian dalam membeli IPO FGV
- Dana EPF jugak jadi modal Najib untuk 'membantu ekonomi US' semasa dia jumpa Trump.
PNB
- Pelaburan PNB jugak tidak begitu untung kerana ada GLC-GLCnya turut berkait dengan skandal 1MDB dan Felda.
- Masalah Sime Darby
Apa lagi kerugian yang disembunyikan oleh Najib umpama dia berak tapi suruh orang lain yang basuh? Kalau ikut semua pendedahan Najib sendiri dalam Twitternya, memang dia tahu hampir kesemua GLC yang diganggunya selama 9 tahun ini telah rugi/kurang untung tapi dia dan Cybertrooper UMNO cuba alihkan kesalahannya itu kepada Kerajaan PH..
Sebab itu zaman Najib dia berhutang dengan China dan perkenalkan GST untuk tampung duit yang dia memang tahu dah lesap.. Umpama dia longgarkan skru tayar keretanya yang akan dipandu oleh pemandu lain.

2 comments:

  1. Hai teman-teman, saya sangat bahagia sekarang, setelah banyak cobaan untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya dan internet saya akhirnya menemukan perusahaan yang memberi saya pinjaman 73.000 euro untuk meningkatkan bisnis saya dan membayar hutang keluarga saya. Sekarang saya dan keluarga saya menjalani kehidupan yang bebas finansial tanpa hutang atau pajak dan kami telah mengembangkan bisnis kami sendiri. Terima kasih kepada KREDIT CEPAT PINJAMAN INT'L, teman-teman saya akan menyarankan setiap orang untuk mencoba layanan mereka jika Anda memerlukan pinjaman untuk tujuan apa pun. Mereka sah, efisien dan ramah dan menawarkan pinjaman sebesar 3% per tahun. Silakan hubungi mereka di (capitalsfundingprestamos@gmail.com).
    WhatsApp: +1 631 386 8061
    Terima kasih...

    ReplyDelete
  2. Apakah Anda mencari pinjaman bisnis, pinjaman pribadi, pinjaman rumah, pinjaman mobil, pinjaman konsolidasi utang, pinjaman tanpa jaminan, modal ventura, dll ... Atau jika Anda menolak pinjaman oleh bank atau lembaga keuangan karena satu atau beberapa alasan. Anda berada di tempat yang tepat untuk solusi pinjaman Anda! Saya adalah pemberi pinjaman pribadi, saya memberikan pinjaman kepada perusahaan dan individu dengan suku bunga rendah dan 1% terjangkau. Manfaat. Silakan hubungi kami melalui surat: zippora.zimslenders@gmail.com
    DATA Peminjam S
    1) Nama Lengkap: ..............................................................
    2) Alamat: .............................................................................
    3) Negara: ..............................................................................
    4) Jenis Kelamin: .....................................................................
    5) Status Perkawinan: ..............................................................
    6) Pekerjaan: ............................................................................
    7) Nomor Telepon: .....................................................................
    8) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: .........................................
    9) Durasi: ....................................................................................
    10) Tujuan Pinjaman: .

    ReplyDelete