KiniTV
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr. Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan kepada dewan rakyat bahawa kekangan kewangan yang dialami Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) adalah kerana memasuki perniagaan bukan bidang asal Felcra.
Radzi menjawab soalan Ahli Parlimen Jerlu Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bertanya adakah salah satu kerugian yang dialami oleh Felcra adalah kerana pelaburan pembanguanan di jalan semarak.
Sebelum itu Ahli PArlimen Pasir Salak inginkan kepastian mengapa bantuan sara hidup peserta Felcra dipotong memandangkan pada zamanya sebagai pengerusi dahulu ia merekodkan keuntungan sehingga RM3 bilion.Menjawab soalan itu, Radzi menegaskan Felcra hanya mengambil langkah menangguhkan sementara pinjaman sara hidup kepada peserta berikutan kedudukan syarikat yang lemah. Ia juga berikutan kejatuhan harga komoditi dan cabaran isu legasi yang diwarisi oleh pentadbiran terdahulu.
RM1.7 billion cukai tak bayar, ini dia perompak negara.
Pegawai Salahuddin direman 4 hari
Seorang pegawai kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub ditahan reman selama empat hari selepas didakwa menerima jam tangan mewah sebagai suapan daripada seorang pemaju.
Pembantu berusia 47 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perintah tahanan reman itu akan berakhir pada 5 April.
Malam tadi, Salahuddin memberi jaminan tidak akan campur tangan dalam siasatan kes itu.
"Saya berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang dan saya yakin dan percaya SPRM akan menyiasat kes ini dengan adil dan bebas," katanya.
Terdahulu, dilaporkan SPRM menahan suspek selepas siasatan awal mendapati jam tangan berharga RM28,000 itu diberikan sebagai dorongan dari pemaju untuk mendapatkan projek di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.
Suspek ditahan kira-kira jam 5 petang semalam ketika hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk disoal siasat.
Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama, yang memperuntukkan sehingga 20 tahun penjara dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan.
Malaysiakini.
Sampai hari ni saya masih fikir kata macai yg keje part time Kat bengkel saya. Dia kata yg dap kontrol parlimen dan akan ubah dasar negara, saya kata tak bleh pasal perlukan 2/3 undi parlimen. Dia tetap kata boleh. Saya tanya mcm mane, dia tak jaqab kecuali kata dap bolwh dan akan buat, saya cakap raja melayu tak akan bemarkan. Last Dia cakap yg raja tak bleh buat ape. Semua ikut kata dap. Saya cakap org melayu akan marah jika kaum minoriti nak buat. Tetap dia kata boleh, takpe aku hidup miskin asal bukan dap yg pegang. Pas tu dia kata yg ustaz tempat dia yg cakap. Saya cakap kat dia yg ko tau tak nabi sebelum wafat kata dia paling takut akan ulama akhir zaman yg jual agama utk duit. Dia kata saya tipu. Saya buka google dan tunjuk, last dia cakap ape tau. Jgn gelak dan jgn marah, dia kata ulama mcm tu semua dah ikut mat sabu... . Last aku gelak, blah. Masa nak balik saya tanya ade duit tak pasal dia keje guard full time belum gaji. Dia mintak $10 nak isi minyak, pasal keje yg saya bagi belum siap. Keje siap baru saya bayar upah. Saya usik la, kata tak kisah miskin, dia terus nak marah, ko nak kasi2 la. Tak paham la golongan mcm ni. Cakap cuma ape yg terlintas je dlm kepala. Otak tak tau nak pakai.
ReplyDelete