Pages

Saturday, 6 April 2019

[Video RANTAU Jawapan MB N9 kpd Tok Mat] Sekadar renungan bila isu TH dihuha huha oleh pihak sana..! Hibah: Nak tipu supaya orang seronok atau tunai janji? - Anwar

Ahad, 7 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks
Sekadar renungan bila isu TH dihuha huha oleh pihak sana..
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.” Ada seorang sahabat bertanya; ‘bagaimana maksud amanat disia-siakan? ‘ Nabi menjawab; “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.” (BUKHARI – 6015)
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menipu apabila mengumumkan bayaran hibah Tabung Haji yang rendah, kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
"Ada yang dapat ni kata 'Hmm..dulu (zaman) Umno aku dapat 6 peratus (dividen), sekarang 1 peratus.
"Ada juga fikiran macam tu. Tapi sekarang kita ada pilihan sekarang. Kita nak tipu akaun supaya orang seronok atau tunai janji kita," kata Anwar dalam satu majlis di Rantau hari ini.
Tabung Haji semalam mengumumkan hibah sebanyak 1.25 peratus iaitu yang terendah dalam sejarah.
Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa menyalahkan pentadbiran TH terdahulu di bawah kerajaan BN kerana melakukan manipulasi akaun bagi membolehkan agihan tinggi hibah diumumkan.
Di media sosial,  DAP disalahkan sebagai punca berlakunya keadaan tersebut.
Anwar bagaimanapun berkata pemikiran sedemikian salah.
"Balik-balik kata ni pasal DAP. Senang je, dulu tak rugi. Pasal Cina rugi. Kalau pandangan macam ni, tak sah.
"Tu pasal masa Umno tak rugi. Dia (Umno) tak tunjuk akaun, tak rugilah," katanya.
Beliau dalam pada itu menyatakan keyakinan bahawa Tabung Haji akan bangkit semula dalam masa beberapa tahun akan datang.
Sementara itu, Anwar ditanya sama ada kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng malam tadi bahawa Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan merentasi Negeri Sembilan, melanggar undang-undang kempen.
"Mungkin dia ditanya (sebelum ceramah) tentang jajaran baru ECRL, jadi dia perlu menjelaskannya.
"Pendirian saya adalah jelas bahawa kita tidak perlu berkempen menggunakan kerajaan. Tetapi jika saya ditanya, contohnya apa pendirian kerajaan atau tanggapan saya terhadap Statut Rom, saya akan berikan respons termasuk perbincangan peribadi saya dengan perdana menteri," katanya.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment