Jom Channel
SIDANG DEWAN NEGERI PERAK
23 APRIL 2019
Ceramah Selamatkan Najib BossAna..
Program penyatuan Ummah di antara Umno + Pas + Perkasa di Bera.
Money Trail From SRC Into Najib Razak Accounts
Ummah mahu demo bantah PPSMI-DLP Mei ini
Suatu perhimpunan aman besar-besaran bagi membantah cadangan pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris - Dual Language Programme (PPSMI-DLP) akan diadakan pada awal bulan Mei ini, kata Gerakan Pembela Ummah (Ummah).
Sekretariat Ummah Mohd Zai Mustafa dipetik laporan Harakahdaily berkata pelaksanaan semula PPSMI-DLP akan menggugat hak keistimewaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Pelaksanaan semula PPSMI-DLP akan menggugat hak keistimewaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan serta Akta Pendidikan 1996.
"Seterusnya (Ummah) akan menganjurkan himpunan rakyat besar-besaran secara aman seperti anti-Icerd bagi membantah pelaksanaan semula PPSMI-DLP bertempat di ibu negara pada awal Mei sebelum Ramadan nanti," katanya.
Bagaimanapun, kata Mohd Zai, bantahan terhadap PPSMI-DLP tidak bermaksud Ummah memusuhi bahasa Inggeris, sebaliknya gabungan itu menggesa Kementerian Pendidikan mempertingkat prasarana pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.
Malaysiakini.
PAS ni sedang menyebarkan BIDAAH dan sedang melakukan kerosakan kepada umat Islam di Malaysia. Adalah satu BIDAAH besar bila PAS begitu senang dan mudah mengkafirkan umat Islam yang tak sependirian dengan mereka. Bidaah ini adalah dosa yang sangat besar dan merupakan pembohongan yang dibuat keatas Rasulullah SAW dan Islam. Rasulullah SAW malah telah menyatakan bahawa pembuat BIDAAH tempat yang layak baginya adalah NERAKA. Maka ini adalah peringatan kepada pemimpin2 PAS dan pentaksub2 mereka. Wahai pemimpin2 PAS dan pentaksub2 kamu, bidaah yang kamu sebarkan akan dipertanggungjawabkan keatas kamu dan sesungguhnya Rasulullah SAW sendiri akan berlepas diri dari kamu. You do this at your own peril! You have been warned!
ReplyDeleteNick.
Cape Tiger.