Dalam FB berapi - rapi,
Mintak nak live sambil nak nafi,
Hari ni mohon tangguh lagi,
Adoi...malu apa bossku ini....
Mintak nak live sambil nak nafi,
Hari ni mohon tangguh lagi,
Adoi...malu apa bossku ini....
Sah tiada siaran langsung perbicaraan Najib
Prosiding perbicaraan bekas perdana menteri, Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mulai Rabu ini tidak boleh disiar secara langsung.
Ini berikutan kenyataan Ketua Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang menyatakan perbicaraan di mahkamah tidak boleh disiarkan secara langsung atau dirakamkan oleh mana-mana media.
"Tiada perbicaraan di mana-mana mahkamah dibenarkan disiarkan secara langsung melalui mana-mana media atau dibenarkan untuk dirakamkan," kata kenyataan Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini.
Sebelum ini satu petisyen dalam talian digerakkan rakyat Malaysia dilaporkan dilancar bagi meminta kes perbicaraan Najib disiarkan secara langsung di televisyen.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment