Pages

Wednesday, 10 April 2019

[Video Tun M: Bukannya raja berkuasa mutlak] Syukur, kes RM90 juta kini di Pejabat Peguam Negara (AGC)! PM: Jika raja yang pilih MB, M'sia bukan lagi negara demokrasi.

Khamis, 11 April 2019
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Alhamdulillah, kes RM90 juta kini di Pejabat Peguam Negara (AGC) !
Sama2 kita berdoa dan nantikan keputusan AGC samada akan ada pertuduhan di mahkamah kelak untuk mengheret semua baik lebai mahupun penyangak yang terlibat dlm skandal RM90 juta itu di mahkamah dlm masa terdekat atau sebaliknya...
Wallahualam~

PM: Jika raja yang pilih MB, M'sia bukan lagi negara demokrasi

Jika Raja-raja dianggap memiliki kuasa untuk memilih perdana menteri dan menteri besar, Malaysia tidak boleh lagi dikira sebagai negara demokrasi, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang bertitah agar "pihak-pihak tertentu" berhenti mencampuri urusan negeri itu.
"Saya berpendapat kalau kita anggap yang akan memilih perdana menteri dan menteri besar ialah raja, kita sudah tidak jadi negara demokratik lagi," katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau berkata rakyat telah memilih parti dalam pilihan raya dan parti seterusnya ada hak untuk melantik menteri besar.
"...Tetapi (apabila) hak ini dinafikan maka kita bukan (lagi) demokrasi. Kita sudah jadi negara (dengan sistem) raja berkuasa mutlak," katanya lagi.
Dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook hari ini, Sultan Ibrahim juga menyarankan "pihak tertentu" itu menumpukan usaha menjaga negara.
“Berkenaan Johor, jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang sultan," titahnya.
Walaupun Sultan Ibrahim tidak merujuk mana-mana isu secara khusus, dipercayai baginda mengulas peletakan jawatan Osman Sapian seabgai menteri besar dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan berkenaan penggantinya.
Mahathir mengesahkan peletakan jawatan Osman semalam dan berkata Bersatu sendang menimbang beberapa nama untuk memegang jawatan itu.
Bukan raja berkuasa mutlak
Sementara itu, Mahathir menegaskan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan bukannya raja berkuasa mutlak.
"Di waktu kita membentuk Persekutuan Tanah Melayu, kita memperkenal Perlembagaan Persekutuan dan di dalamnya dinyatakan bahawa Persekutuan Tanah Mealyu dan negeri-negeri dalam persekutuan ini mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, bukan raja berkuasa mutlak.
"Kalau masih ada undang-undang perlembagaan Johor, ia terbatal kerana Johor juga bersetuju dengan sistem pemerintahan di negara kita ini," katanya lagi.
Dengan nada sarkastik, beliau mencadangkan diadakan perbahasan sama ada untuk meneruskan sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia - yang mana Raja-raja Melayu hanya bertindak atas nasihat perdana menteri di peringkat persekutuan dan menteri besar di negeri.
"Jika kita hapuskan (sistem) itu, maka kita tak perlu adakan pilihan raya lagi," katanya.
Semalam, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata kuasa memilih menteri besar adalah hak mutlak sultan.
Exco kerajaan Johor dari Bersatu, Sahruddin Jamal dikatakan sebagai calon utama untuk menggantikan Osman.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment