KiniTV
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid yang dituduh pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta, kerana tidak hadir semasa pengurusan kesnya.
Waran itu dikeluarkan Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas Timbalan Pendakwa Raya Mahadhir Mohd Khairudin membuat permohonan supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Hasanah, 61, kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan.
“Tertuduh tidak hadir, beliau (sebelum ini) telah dilepaskan dengan jaminan dengan dua penjamin.
"Bagaimanapun tertuduh dan kedua-dua penjaminnya tidak hadir serta tiada apa-apa arahan dari mahkamah berhubung ketidakhadiran itu. Pohon waran tangkap dikeluarkan,” kata Mahadhir.
Peguam Nur Aifaa Mohd Zain yang mewakili Hasanah memohon maaf kepada mahkamah dan memberitahu Hasanah tidak hadir kerana peguam itu gagal memaklumkan tertuduh berkenaan prosiding hari ini.
“Saya memohon maaf atas kesilapan saya sebagai peguam, saya harus memaklumkan anak guam saya untuk hadir tetapi saya gagal untuk memaklumkan.
"Saya berharap anak guam saya tidak menerima sebarang kesan atas tindakan saya,” kata peguam itu.
Hakim Sequerah kemudiannya mengeluarkan waran tangkap terhadap Hasanah dan menetapkan 26 Jun bagi sebutan waran tangkap dan notis kepada penjamin.
Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu media bahawa waran tangkap itu dikeluarkan kerana tiada sebarang alasan munasabah dikemukakan kepada mahkamah atas ketidakhadiran tertuduh dan kedua-dua penjaminnya hari ini.
Nur Aifaa pula memberitahu terdapat salah faham kerana pihaknya beranggapan tiada prosiding hari ini kerana tarikh perbicaraan kes itu yang akan bermula 3 Feb 2020 telah ditetapkan pada prosiding 17 April lepas.
Hasanah didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan antara 30 April lalu dan 9 Mei tahun lepas di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. - Bernama
BIAR GAMBAR BERBICARA..
DALANG UTAMA kes bakar kereta rasmi Mufti Perlis TELAH DIDEDAHKAN, apa lagi helah walaun & lebai PAS nak putar belit pertahankan anasir2 ganas anggota Unit Amal PAS mereka?
Dan dan pakai baju warna hijau PAS tu. Sungguh kejam!..ini tentu Khadam n barua Dapig...
Sudah dinyatakan oleh SPRM sebelum ini, wang juta2 duit UMNO tak akan masuk dlm akaun rasmi parti PAS, tetapi akan diselewengkan ke akaun2 lain bagi mengelirukan SPRM nak siasat.
Lebai syok2 raya dgn kereta mahal, makan sedap2. Yang walaun plak, raya kat dlm. Tu kalau boleh jamin tu, ade tak lebai nak tolong jamin. Paling bodoh pun, tu bukan ahli pas, tu dah masuk pan, dia tak bayar yuran pas lagi. Mcm2 alasan lawak dan biase dengar punya.
ReplyDeleteBishee...bishee...takde k3ne-m3ngena
ReplyDelete