Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, pihaknya berharap orang awam tidak membuat tuduhan sebarangan terhadap parti itu berhubung isu berkenaan. Kereta Mufti Perlis itu didapati dibakar pada Mac lepas. "Bukan kerja PAS. Jangan tuduh-tuduh. Jika individu yang buat tu ahli PAS, bukannya bermakna PAS yang melakukan perbuatan itu.” "Salah seorang nama itu memang ahli PAS tetapi dia baharu dituduh bukan betul lagi. Kita memang nafi kita terlibat, memang kita tidak ada kaitan.” "Jadi, kita buat laporan polis untuk nafi dakwaan itu dan minta siasatan terhadap individu tular kenyataan itu" katanya, dipetik Sinar Harian.
Suara Rakyat
BAKAR KERETA.. SIMBAH ASID?
Ikut ajaran Islam kah atau #Taliban?
Harap pihak polis dpt siasat sampai lubang cacing siapa dalang sebenar yg bagi upah, sponsor kewangan & arahan pihak atasan (jika ada yg terlibat).
cc: PDRM Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)
Bila wajah Unit Amal PAS yg terpalit dgn kes bakar kereta Mufti Perlis jadi viral, dikatanya Fitnah seorang ahli Unit Amal PAS terlibat dlm kes bakar kereta DrMAZA.com..
HAKIKATNYA, pihak dari DrMaza mengesahkan dua suspek ini (Amirul dan Muzaini) telah ditahan oleh PDRM berkaitan kes membakar kereta Mufti Perlis.
Apa helah lagi PAS nak putar belit!
TAHUKAH ANDA, suspek Amirul Jufri Mat Saman telah dilantik sbg Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis pd minggu lepas.
Meroyan Walaun Pas skng ni....hari tu baru kejap je jilat Dr Maza isu Islam terancam...hari ni maki hamun balik...dasar Walaun Pas.
Pakai jer baju unit amal..tapi perbuatan tu didalangi oleh DAP...Mana mungkin ahli Pas terutama unit amal blh buat keje terkutuk mcm tu....
Kes bakar kereta mufti: Anggota Unit Amal direman
Jabatan Amal Malaysia (JAM) hari ini mengesahkan salah seorang anggotanya ditahan reman oleh pihak polis bagi membantu siasatan insiden membakar kereta Mufti Perlis pada 22 Mac lalu.
Ketua pengarahnya, Mohd Nazree Mohd Aris, ketika dihubungi Malaysiakini berkata anggota terlibat ditahan reman empat hari mulai semalam.
Bagaimanapun, kata Mohd Nazree beliau pelik dengan penahanan tersebut.
"Saya difahamkan ada suspek utama yang dicari, dan dia bukan anggota Unit Amal, bukan ahli PAS dan kami sendiri tak kenal (suspek).
"Difahamkan suspek utama yang dicari adalah penagih dadah dan dia mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.
Justeru Mohd Nazree berkata pihaknya hairan apabila polis menahan anggota Unit Amal yang tidak terlibat dan tiada sebarang rekod jenayah.
Katanya dua suspek utama yang dilihat terbabit membakar kereta Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu ialah penagih dadah dan masih bebas.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment