Berdasarkan keterangannya, Ihsan Perdana dibentuk selepas beliau diarah oleh Lembaga Pengarah 1MDB untuk membentuk sebuah syarikat untuk mengambil alih program tanggungjawab sosial (CSR) 1MDB. “Cadangan membentuk syarikat sendirian berhad dibuat selepas lembaga pengarah mendapati terdapat percanggahan kepentingan untuk 1MDB menjalankan kegiatan CSR.” “Saya tidak tahu kenapa Yayasan 1MDB tidak terus menjalankan kegiatan CSR, yang saya tahu ia boleh buat kerja CSR tetapi tidak mempunyai kapasiti.” “Daripada perbincangan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah, saya diarahkan untuk mencari shell company untuk mengambil alih kerja-kerja CSR” katanya, dipetik Malaysiakini.
AHLI PAS JANGAN JADI AYAM DEDAK TUNGGU UNTUK DISEMBELEH
1.Gendang politik semasa Pas bertiup kembali apabila media massa dan sosial berkongsi lontaran isu oleh Ustaz Zaharuddin Mohammad, mantan Ahli Majlis Syura PAS yang juga YDP PAS Subang berkaitan ‘ *kartel dedak*’dalam PAS.
2.Belum padam isu ‘*UG*’ yang diikhtiarkan oleh segelintir pimpinan PAS sehingga menyebabkan *perpecahan dalaman pada 2015*,rupanya terdapat asas lain yang menyebabkan berlakunya UG ini, iaitu habuan politik atau ‘ *dedak politik*’ oleh segelintir pimpinan PAS.
3.Pendedahan berani oleh Ustaz zaharuddin yang juga merupakan menantu kepada Presiden PAS berkenaan kewujudan ‘kumpulan’ atau ‘kertel’ dedak ini telah menjadi bom jangka yang baru dihidupkan setelah mati sekian lama.
4.Amat malang sebagai sebuah parti yang mendakwa membawa inspirasi Islam tetapi mempunyai pimpinan tertentu yang menjalan dan menggerakkan parti dengan cara yang ditentukan olih dedak. *Dedak telah menentukan halatuju perjuangan politik Pas* dalam arena politik negara.
5.Usaha Us Zaharudin bagi mendedahkan kedurjanaan pihak tertentu dalam mengawal selia parti dan menguasai kepimpinan parti adalah satu usaha bagi *membersihkan parti PAS dari sifat kemunafikan* pemimpinan dan partinya.
6.Sebagai bekas pimpinan PAS, saya ingin mengucapkan syabas buat Ust Zaharuddin yang berani tampil dan mempertahankan tindakannya untuk mendedahkan kedurjanaan dan kebobrokan kepimpinan Pas sungguh pun mendapat amaran dari Setiausaha Agung PAS yang melarangnya dari berbuat demikian.
7.Sifat terpuji ini perlu ada pada ahli PAS dalam menegakkan kebenaran dan memastikan kesucian perjuangan organisasinya lantas memastikan mereka yang terlibat dalam salah laku komplot dedak ini dinyahkan dari parti.
8.Sekiranya tidak, saya ingin menyarankan rakan rakan saya ahli PAS yang sama berjuang dan bekorban agar tidak lagi membiarkan diri menjadi *ayam dedak yang hanya menunggu dan menerima taburan dedak dan kemudian ditangkap untuk disembeleh* pimpinan partinya walaupun sudah jelas pimpinan partinya sudah tidak mempunyai integriti. Ahli Pas perlulah bertekad untuk *tidak lagi membiarkan diri dijadikan tongkat bagi menjulang Umno dan Najib* untuk kembali berkuasa melalui dedak yang ditabur pimpinan PAS yang mementingkan kepentingan politik diri dan bukannya perjuangan.
Salam Rahmatan lil alamin Buat rakan rakan Ku ahli ahli Pas. Kamu tetap dihati ku.
*Hj Mahfuz Hj Omar*.
Naib Presiden Amanah
16 mei 2019/11 Ramadzan 1440H
4pm Putrajaya
Naib Presiden Amanah
16 mei 2019/11 Ramadzan 1440H
4pm Putrajaya
Otai BERSIH
Gambar 1: Bekas Ahli Parlimen Labis dari MCA, Abdul Chua Tee Yong bin Ahmad Chua Soi Lek masuk masjid.
Gambar 2: Ahli Parlimen Labis dari DAP, Pang Hok Liong masuk masjid
Gambar 3: Ahli Parlimen DAP jelaskan perkara sebenar.
Gambar 4: Orang UMNO rasis.
Kesimpulannya,
Cina MCA masuk masjid - "Alhamdulillah, moga nanti dapat hidayah".
Cina DAP masuk masjid - "Celaka DAP. Lu tahu tak lu badan kotor. Mana melayu PH laknatullah".
Adun DAP bebas tuduhan sebut ‘Umno celaka’
GEORGE TOWN: Adun Seri Delima, RSN Rayer hari ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menyebut kata-kata menghasut pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), dua tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Ibrahim Osman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada akhir pendakwaan.
Ibrahim dalam penghakimannya berkata, perkataan ‘Umno celaka’ yang disebut wakil rakyat DAP itu dalam persidangan DUN bukan satu kecenderungan menghasut.
“Mahkamah mendapati ucapan tertuduh tidak merujuk mana-mana kaum atau segolongan orang, malah secara jelas hanya merujuk kepada individu-individu secara spesifik, iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Shabudin Yahaya.
“Umno adalah sebuah parti politik yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan sama seperti pertubuhan lain, seperti DAP, PAS, PKR dan lain-lain. Kenyataan terhadap sesebuah parti politik itu tidak boleh disifatkan sebagai perkataan kepada sesuatu kaum tertentu atau golongan yang tertentu.
FMT
“Buka Puasa secara tradisi di Masjid Kubang Buaya, Butterworth dlm kwsn Parlimen Bagan saya dgn YB Phee Boon Poh”
Melayu yang beragama taliban je yang tak bagi non muslim masuk masjid. Rasulullah SAW malah meraikan serta berdakwah kepada kafir Quraish dalam masjid lagi! Tawanan2 perang yang masih kafir juga ditahan dalam masjid dan kebanyakan mereka masuk Islam setelah melihat Rasulullah SAW dan sahabat2 R.A beribadah dalam masjid. Ini adalah sunnah Rasulullah SAW tetapi melayu taliban tetiba pulak buat sunnah baru, i.e BIDAAH, non muslim haram masuk masjid. Mana yang umat islam nak ikut? Sunnah Rasulluah SAW atau nak ikut kebiadaban melayu taliban yang hidup makan dedak? Rasulullah SAW adalah uswatun Hasanah manakala melayu taliban adalah "dedakpun aku bahamlah"! Very simple answer if you use your head and not use your stupidity like melayu taliban ni dan kembarnya melayu jual agama.
ReplyDeleteNick.
cape Tiger.