Pegawai Tugas Tugas Khas kepada Menteri Pertahanan Malaysia Mohd Nasaie Ismail hari ini membuat 14 laporan kepada SPRM berkaitan rundingan pertukaran tanah kementerian itu. Laporan itu dibuat selepas kementerian memuat naik laporan siasatan berkaitan 16 pertukaran tanah bermula 9 Mei lalu. Dua laporan telah dibuat sebelum ini melibatkan projek kem tentera di Hutan Melintang dan Paloh.
Guru perlu terapkan nilai rajin, amanah dan berdisiplin pada murid untuk diamalkan sebagai budaya yang membawa kepada kejayaan bangsa - PM Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Otai BERSIH
Guru-guru diharap dapat tunai amanah dan kewajipan laksana dasar kerajaan demi masa depan negara - PM Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Otai BERSIH
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2019
GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI
Hari ini, 16 Mei adalah hari kita mengingati dan menghargai pengorbanan guru guru kita.
Sebagai seorang pendidik yang telah diberikan amanah dan tanggungjawab yang besar, maka kita mestilah menjaga akauntabiliti dan integriti selaras dengan kesucian dan keberkatan profesion ini yang melibatkan proses transformasi ilmu pengetahuan.
GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI
Hari ini, 16 Mei adalah hari kita mengingati dan menghargai pengorbanan guru guru kita.
Sebagai seorang pendidik yang telah diberikan amanah dan tanggungjawab yang besar, maka kita mestilah menjaga akauntabiliti dan integriti selaras dengan kesucian dan keberkatan profesion ini yang melibatkan proses transformasi ilmu pengetahuan.
Selamat hari guru kepada semua pendidik di muka bumi. Terima kasih dan doa kepada guru-guru kita, semoga Allah menempatkan guru-guru kita dalam kalangan para solihin di dunia dan di akhirat, Insyaallah.
Raja Kamarul Bahrin Shah
16 Mei 2019
Raja Kamarul Bahrin Shah
16 Mei 2019
Maszlee: K'jaan akan tanggung skim insurans perlindungan guru
Sempena Hari Guru hari ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menyampaikan berita baik buat warga pendidik.
Antaranya kata Mazlee, skim perlindungan insurans untuk guru ketika berada di luar kawasan sekolah akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
“Kita sangat prihatin terhadap kebajikan guru ketika membawa murid keluar daripada sekolah. Oleh hal yang demikian, prosedur operasi standard (SOP) keselamatan guru juga telah siap disemak dan digubal secara menyeluruh.
“Antara inisiatif yang akan diberikan ialah Perlindungan Insurans Guru yang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-48 di Spice Arena, Pulau Pinang.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment