Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) mengakui wujud kemungkinan salah laku dan kecuaian terhadap pihak pengurusan yayasan itu sejak beberapa tahun yang lepas. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yapeim yang baru Dr Mohd Daud Bakar berkata pandangan itu diperoleh selepas meneliti laporan audit luar oleh firma PwC. “Berdasarkan laporan kepada firma PwC dan juga dapatan daripada inisiatif pihak LPA sendiri yang melakukan pemantauan dan interaksi dengan pihak pengurusan secara berterusan sejak Nov 2018. “Pihak LPA Yapeim mengenal pasti beberapa kemungkinan salah laku dan kecuaian pentadbiran oleh pihak pengurusan Yapeim sejaka beberapa tahun yang lepas,” kata Mohd Daud dalam sidang media di pejabat Yapeim di Kuala Lumpur, hari ini. Untuk rekod PwC juga sebelum ini pernah membuat audit untuk Lembaga Tabung Haji (TH) dan 1MDB.
Jangan ketawa. Famous Walaun dan Walauntit ni rupanya.
Tumpang sekole
Kalau undi PH, pergilah cari kerja dengan DAP
Belum reda isu dakwaan salah laku pengurusan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) ditimpa pula dengan kontroversi terbaru.
Satu video beredar di media sosial semalam memaparkan ucapan seorang individu dipercayai pegawai kanan Yapeim ‘mengugut’ kakitangannya supaya ‘jangan undi Pakatan Harapan (PH)’.
Video berdurasi hampir dua minit itu dipercayai dirakam sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Individu itu pada awalnya dengan nada bergurau berkata beliau akan memeriksa satu persatu undi setiap kakitangan Yapeim.
“Saya tahu di kalangan kita ni ada yang memilih Pakatan Harapan, saya tahu,” katanya di awal rakaman, disambut gelak tawa penonton.
Turut kedengaran ada penonton yang menjawab undi sebagai “rahsia”.
“Ya, rahsia, tapi saya akan periksa satu persatu. Saya akan periksa bersama SPR. Semua staf Yapeim ada 1401, saya akan periksa satu persatu di mana anda mengundi dan undi apa," jawab pegawai terbabit.
Ketawa daripada kakitangan Yaepim tidak lagi kedengaran apabila individu tersebut menyatakan dengan tegas bahawa penyokong PH tidak layak berkhidmat dalam yayasan tersebut.
“Kalau anda mengundi PH, anda tak layak duduk di Yapeim. Ya? Pergilah cari kerja dengan DAP,” katanya.
Video itu kemudiannya disunting ke bahagian seterusnya dalam ucapan sama, di mana lelaki itu memberi amaran Yapeim akan 'ditiadakan' jika kerajaan bertukar.
“(Yapeim) adalah sebahagian daripada sistem yang sedia ada sekarang ini. Kalau kerajaan bertukar, bermakna kita pun tidak ada. Percayalah.
“Saya dah pastikan, tidak ada kalau kerajaan bertukar. Ya? Yang ada di belakang, di depan anda ni semua, semua tidak ada.
“Balik kampung, tanam jagung. Ya? Balik kampung, tanam kangkung,” katanya lagi.
Video itu beredar semalam, pada hari yang sama Yapeim mengakui wujud kemungkinan salah laku dan kecuaian terhadap pihak pengurusan yayasan itu sejak beberapa tahun lepas.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yapeim yang baru Dr Mohd Daud Bakar berkata pandangan itu diperoleh selepas meneliti laporan audit luar oleh firma PwC.
Yapeim sebelum itu berdepan dengan dakwaan penyalahgunaan RM1 juta daripada dana anak yatim yang diamanahkan kepadanya bagi membayar yuran guaman peguam yang juga pembantu kepada bekas perdana menteri Najib Razak pada tahun 2017.
Bagaimanapun, Yapeim menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan yuran guaman itu diambil daripada dana am dan bukannya dana amal jariah serta melibatkan jumlah yang jauh lebih kecil.
Selain itu, Yapeim turut dilaporkan mengalami kerugian RM12 juta menerusi skim gadaian emasnya melibatkan 1,000 pelanggan projek gadaian Islam Ar-Rahnu.
Kerugian tersebut dikatakan berlaku disebabkan Yapeim gagal membuat lelongan ke atas barang kemas tidak ditebus sebanyak 300 kg dengan nilai RM80 juta, dari 2012 hingga 2014.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment