PH berhimpun, berhimpun. berhimpun. Last2 jadi kerajaan. PAS, berhimpun, berhimpun. berhimpun. Sampai mampus itu jer kerja korang.
Otai BERSIH
Wartawan The Malaysian Insight dedahkan, bukan Sultan Johor beli, tapi di pindah milik kepada Sultan Johor?
DAP pegang teguh pendirian sokong perjuangan rakyat Palestin
DAP tetap berpegang teguh kepada pendirian menyokong dan bersetiakawan dengan rakyat Palestin yang berjuang menentang penindasan rejim Zionis Israel, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.
Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang berkata, DAP juga telah banyak mengadakan perjumpaan dan menerima penghargaan daripada masyarakat Palestin yang terharu dengan sokongan yang ditunjukkan parti.
“Maka tidak perlu ditimbulkan sebarang keraguan terhadap pendirian DAP dalam isu Palestin-Israel,” tegasnya yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam kenyataan, hari ini.
“Semoga kita semua diberikan kefahaman yang lebih baik dalam isu-isu sensitif terutamanya yang melibatkan dasar luar negara dan perjuangan rakyat Palestin.”
Beliau berkata demikian bagi menjawab kecaman pelbagai pihak terhadap ucapan tidak sensitif Senator Nga Hock Cheh di Dewan Negara, minggu lalu berkenaan isu Palestin dan Israel.
Hock Cheh bagaimanapun telah memohon maaf dan menarik balik ucapannya semalam.
“Dengan tujuan membantu Palestin mencapai keamanan, niat saya adalah untuk mencadangkan perubahan dalam pendekatan negara kita sekarang, dengan harapan dapat menandatangani perjanjian damai antara Palestin dan Israel.
“Bagaimanapun, memandangkan sensitiviti mengenai perkara ini dan untuk mengelakkan kesalahan dan salah faham, saya dengan ikhlas dan secara sukarela memohon maaf semasa memberikan penjelasan di Dewan Negara pada 25 April dan ingin menarik balik kenyataan itu serta merta,” katanya. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment