Bonus untuk penjawat awam sempena Aidilfitri - PM
KiniTV
Kerajaan akan memberikan bonus kepada 1.6 juta penjawat awam sempena perayaan Aidilfitri tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini.
Dalam Bajet 2018, kerajaan Barisan Nasional mengumumkan bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada 1.6 juta penjawat awam.
Sebanyak RM1,000 sudah dibayar pada Januari lepas manakala bakinya dijadualkan sebelum sambutan Aidilfitri.
BERITA PALSU.
Trend terbaru yg digunakan oleh mereka yg tidak bertanggungjawab mencipta poster dan menyebarkan berita palsu.
Tujuannya hanyalah ingin menimbulkan kecelaruan serta kekeliruan di kalangan rakyat negara ini. Ianya lebih kepada menimbulkan rasa benci kepada dasar kerajaan baharu.
Kepada penyebar berita palsu atau poster palsu sebegini sebenarnya ada peruntukan undang-undang disediakan untuk mereka. Begitu juga mereka yg berkongsi membantu menyebarkan fitnah yg tidak berasas dgn tujuan menghasut.
Rakyat akan terkeliru dgn apa yg disebarkan didlm semua media alternatif. Bagi yg tidak teliti berita fitnah sebegini akan di terima bulat-bulat dan lebih parah turut sama menjadi agen penyebar fitnah atau berita palsu.
Sangat malang bagi mereka yg menerima bulat-bulat sesuatu perkhabaran yg tidak sahih tanpa mencari kebenaranya.
Penjawat awam negeri Melaka akan menerima bonus RM1,000 yang akan dibayar bersama gaji pada bulan ini. - Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari
Bantuan Khas Aidilfitri setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 untuk penjawat awam Negeri Sembilan. - Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun
No comments:
Post a Comment