Pakatan Harapan (PH) tidak perlu menunggu lama untuk membawa projek besar ke Kelantan bagi memastikan negeri itu terus menerima arus pembangunan dan sebagai bukti negeri ini telah “dihadiahkan” lima projek mega selepas hanya setahun PH berkuasa. Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata perkara ia membuktikan Kelantan sama sekali tidak dipinggirkan kerajaan Persekutuan yang mahukan negeri ini maju seperti negeri lain. "Alhamdulillah sepanjang setahun kita memerintah kita akan melaksanakan projek pembangunan khususnya di Kelantan seperti yang diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali baru-baru ini. "Kelantan merupakan negeri tumpuan oleh kerajaan pusat (PH) dari segi peruntukan pembangunan selain Perlis, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita semasa Majlis Sambutan Satahun PH Memerintah dan Majlis Berbuka Puasa di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, negeri Kelantan di Kota Bharu, hari ini. Sebelum ini media melaporkan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur fasa 3 (LPT3) dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra antara projek mega di negeri itu bakal dilaksanakan selain tiga projek lain iaitu pembinaan jalan raya yang menghubungkan Pasir Puteh-Machang-Jeli dan Lebuh Raya Central Spine Road sepanjang 123 kilometer dan pembinaan Jambatan Palekbang di Kota Bharu. Mohd Radzi berkata projek-projek itu sedang dilaksanakan di peringkat awal oleh pihak-pihak terlibat iaitu mengenalpasti kaedah pelaksanaan. "Ia satu berita baik kepada rakyat Kelantan dan kita (PH) cuba sedaya upaya membawa pembangunan di negeri ini supaya ia terus dibangunkan lebih baik daripada pemerintahan Pusat sebelum ini. "Projek ini secara tidak langsung bakal meningkatkan ekonomi negeri ini dan sekaligus memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini," katanya.
MASIH INGAT samseng UMNO mengaku sbg 'imam' pernah buat kecoh berlagak samseng di pasar ramadan di Kluang pada tahun 2014 & 2017 dulu ?
KENAPA hanya berani buat kecoh samseng ketika UMNO/BN sedang berkuasa, malah TIADA LANGSUNG tindakan diambil oleh Jabatan Agama Islam Johor ketika itu nak siasat?
KENAPA dah tahun ni menyepi samseng UMNO sejak PH menang PRU14?
Terus duk dalam gua ke? atau takut Jabatan Agama Islam Johor akan bertindak ketika UMNO/BN sudah tumbang? Atau dedak dah abes..
Ayatollah ISMA (اثما) ini sebenarnya tidak pernah bertaubat dari memfitnah. Paling tidak pun, atas nama agama, dia akan membuat tafsiran liar terhadap kalangan yang berbeza dengan dia.
Apa-apa yang boleh angkat sentimen yang membawa prejudis perkauman dan agama di negara ini, pasti Ayatollah ISMA (اثما) ini akan lakukannya...
Inilah akibat bila kerajaan PH terlalu berlembut dengan puak puak ini. Atas nama agama, puak haprak ini akan memutarbelit isu sedaya upaya mungkin untuk menfitnah kerajaan. Yang bodohnya, masih ada melayu yang termakan akan fitnah atas nama agama yang dibawa oleh puak haprak ini.
Fakta - Setem ini dilancarkan sejak 2016 lagi.
Hero membodohkan Melayu...
Aminuddin memuat naik gambar sepapan setem dengan imej gereja sambil menyifatkannya sebagai satu bentuk ‘buli’ kepada umat Islam. Dalam nada menyindir, Aminuddin menyifatkan setem itu dikeluarkan mungkin kerana kerajaan mahu ‘menarik pelancong’ atau ‘sudah habis idea untuk mereka bentuk setem'. “Jadi kalau ada orang luar label Malaysia sebagai negara Kristian esok, kita janganlah marah sebab memang kita dah 'gambarkan' demikian. “Satu lagi bentuk 'buli' kepada umat islam. Hmmmmm.... Oh negaraku,” katanya. Hantaran tersebut bagaimanapun dipadam hari ini setelah berdepan teguran dan kecaman warganet.( Nak kata apa lagi bila otaknya letak kat juboq!!!)
Sementara itu, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini menjelaskan ‘setem gereja’ itu merupakan siri setem tempat ibadat yang sebenarnya dikeluarkan sejak 2016 lagi. Menurut Pos Malaysia, Setem Tempat Ibadat siri pertama dikeluarkan pada November 2016 manakala siri kedua dikeluarkan pada 15 Mei lalu. Jelas Pos Malaysia, untuk siri kali ini, antara rumah ibadat yang diketengahkan ialah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Kelantan), Tokong Hong San Si (Sarawak), Sri Karthivel Murugan Maha Parasakthi Patchai Amman (Perak), Gereja St. George (Pulau Pinang) dan Gurdwara Sahib (Wilayah Persekutuan Labuan). Menurut Pos Malaysia lagi, rumah-rumah ibadat dipilih untuk mengetengahkan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dan pada masa yang sama memaparkan keunikan senibina dan sejarah tempat-tempat tersebut. - mk
TS
No comments:
Post a Comment