Pages

Tuesday, 21 May 2019

Tun M: Saya ucap tahniah kepada Bapak Jakowi..Penjelasan berkaitan logo PDRM [Video Tarawih tanpa malam di Artik, Norway]

Selasa, 21 Mei 2019

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk, teks dan dalaman
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan tahniah kepada Presiden Joko Widodo yang diumumkan pemenang Pilihan Raya Presiden Indonesia 2019.
Menerusi laman Twitter rasminya, Dr Mahathir berharap kerjasama antara Malaysia dan Indonesia semakin erat selepas ini.
Imej mungkin mengandungi: kereta dan luaran
Otai BERSIH
Ape yg xkena dgn logo polis ni? 
Ni saya ambik betul2 sebelah parking kereta saya.
Penjelasan berkaitan logo PDRM.
Terima kasih kerana sudi membangkitkan isu logo PDRM yang didakwa sudah diubah di bawah kepimpimpin Pasukan yang baharu.
Kalimah Allah dan kalimah Muhammad melambangkan agama Islam. Sebagai menandakan PDRM sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam serta kebesaran Allah SWT, maka telah ditetapkan dua garis panduan dalam penggunaan logo PDRM yang berkuatkuasa pada tahun 2014 di bawah kepimpinan Y.Bhg Tan Sri Dato Sri Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara ketika itu:
1. Logo PDRM dengan kalimah Allah dan kalimah Muhammad hanya boleh digunakan pada bendera, papan tanda atau bahan yang diletakkan di tempat tinggi.
2. Logo yang tidak tertera kalimah Allah dan Muhammad pula, digunakan untuk urusan percetakan (buku aturcara, notis/kenyataaan) agar tidak tercemar kesucian kalimah-kalimah tersebut jika risalah-risalah berkenaan dijadikan pelapik duduk, dipijak dan sebagainya.
Maklumat di bawah diharap dapat memberikan penjelasan yang lebih tepat kepada semua pihak agar dapat sama-sama kita hentikan dakwaan-dakwaan liar yang boleh membangkitkan kegusaran masyarakat terhadap PDRM.

1 comment:

  1. Walaun2 sibuk kononnya kalimah Allah dan Rasulullah SAW takde dalam logo polis tetapi mereka sikit pun tak kesah bila pemimpin2 mereka yang mengaku beriman dengan Allah dan mengaku Umat Rasulullah SAW yang membelakangkan keduanya untuk terima dan baham rasuah. Inilah contoh melayu sengkek iman, sibuk dengan kulit tapi isinya kosong. Sibuk berjubah tetapi akhlak dan perlakuan macam hampas. Islam mereka setakat pakaian luaran sedangkan imannya tu ciput je. Bila dihulur duit, iman terus letak kat punggung.

    Nick.
    Cape Tiger

    ReplyDelete