Yang ini Melayu rajin...
Petani malam.
Seorang kakitangan swasta menggunakan masa terluang pada waktu malam untuk menanam sayur-sayuran, sekali gus mampu menjana pendapatan sampingan mencecah RM400 sebulan.
Rizuan Ahmad, 38, dari Seksyen 17, di sini, yang juga peserta kebun komuniti seluas 0.2 hektar di kawasan perumahannya berkata, pada mulanya aktiviti berkenaan dilakukan hanya sekadar minat saja, namun kini amat menyeronokkan kerana tidak perlu membeli sayur di pasar sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, dia menanam pelbagai jenis sayur-sayuran di kebun itu antaranya bayam, kangkung, kailan, cili, sawi dan lain-lain sebelum hasil tanaman dijual kepada penduduk sekitar.
“Saya melakukan kerja di kebun ini selepas waktu kerja biasanya pada waktu malam. Selain itu, sayur-sayuran ini ditanam secara organik, sekali gus bagus untuk kesihatan berikutan bebas racun,” katanya ditemui di sini, kelmarin.
Suri rumah, Norliza Ismail, 47, berkata, aktiviti berkebun dilakukan untuk mengisi masa lapangnya di samping menambah pendapatan seisi keluarga.
“Saya mampu memperoleh RM200 sebulan daripada hasil kebun, malah sudah lama saya tidak membeli sayur di pasar dan hanya bertukar-tukar sayur dengan jiran saja,” katanya.
Katanya, kebun komuniti itu bukan saja membantunya berjimat, malah mengeratkan lagi hubungan antara jiran serta penduduk.
“Ada ketika kami bersarapan, makan tengah hari dan minum petang beramai-ramai, malah ada juga sambutan hari jadi dan doa selamat diadakan di sini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kebun Komuniti Seksyen 17, Mohd Yusof Musbah, 65, berkata, kebun berkenaan diwujudkan sejak dua tahun lalu dengan menanam pelbagai jenis sayur-sayuran.
“Saya mempunyai banyak masa terluang selepas bersara lalu mula bercucuk tanam. Pada mulanya kita hanya buat secara kecil-kecilan sehinggalah jadi kebun seperti ini. Setakat ini, ada 26 batas dan 63 penduduk mengusahakan kebun ini,” katanya.
Hanya di Malaysia ada ulamak yang menyokong penyamun.
No comments:
Post a Comment