Pages

Friday, 7 June 2019

Hadam ni dulu jibauk2 yang meroyan sakan pasal lantikan Ketua Pesurujaya SPRM ni! Bilionaire playboy JHO LOW SUDAH DITANGKAP? [Video Pelantikan ikut prosedur betul]

Sabtu, 8 Jun 2019
Bernama WebTV
MUAR, 7 Jun (Bernama) -- Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu tidak wajar dipersoalkan mana-mana pihak kerana ia mengikut prosedur yang betul. Prosedur itu kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuklah dari segi perlembagaan dan kuasa eksekutif. “Benda itu (prosedur) semuanya betul. Cuma yang berbangkit sekarang ini ialah soal politik. Orang persoalkannya dan politik pula mengikut tafsiran masing-masing,” kata beliau kepada media sebagai mengulas isu itu pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Parlimen Pagoh di Dewan Orang Ramai Felda Sri Ledang di Pagoh di sini, hari ini. Biarpun pelantikan itu dilihat sebagai satu langkah yang baik, Muhyiddin bagaimanapun berharap akan ada perbincangan terlebih dahulu diadakan bersama pemimpin Pakatan Harapan pada masa hadapan bagi memastikan golongan ini memahami sebab pelantikan. “Ini supaya ia selari dengan apa yang telah kita kemukakan dalam manifesto,” katanya. Pelantikan Latheefa yang diumum pada tiga hari lepas selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong akan berkuat kuasa mulai 1 Jun selama dua tahun. Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memohon untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhaya Suruhanjaya terbabit.
Imej mungkin mengandungi: teks 
Otai BERSIH
Hadam ni dulu jibauk2 yang meroyan sakan pasal lantikan Ketua Pesurujaya SPRM ni.
Di lantik oleh YDPA atas saranan PM. PM menyarankan, Agong cuma bagi perkenan.
Dorang ungkit pulak pasal JK Parlimen. JK Parlimen tu takder kuasa. Cuma sebagai check and balance.
Kalau betul2 nak lantikan yg bebas daripada kuasa PM, Akta SPRM 2009 perlu dipinda.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks
Sape mamat ni? Nak jadi Pesuruhjaya SPRM lettew. Dengki...!
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Bangang!
Bila Latheefa Koya ni jadi "Pengerusi SPRM"?
Depa tak tahu apa apa pun, asyik tahu nak bangkang saja. Penyangak, penyamun yang ada banyak kes rasuah memang lah takut dengan Latheefa Koya ni.
Rakyat jangan terperangkap bantu mereka.
Otai BERSIH

JHO LOW SUDAH DITANGKAP?

Bilionaire playboy yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, Jho Low kini diperkatakan ramai sudah pun ditangkap dan sedang ditahan.
Beliau dikatakan sedang ditahan di suatu tempat dan hanya menunggu waktu yang sesuai, dijangka beberapa hari selepas Hari Raya Aidil Fitri, untuk diumumkan secara rasmi mengenai penangkapannya.
Dilaporkan juga pihak polis sudah pun berada di tempat di mana Jho Low ditahan dan sedang menyoal-siasatnya.
Beberapa hari sebelum ini, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador melahirkan keyakinan Jho Low akan ditangkap dalam waktu terdekat ini.
Beliau memberitahu, pihak polis sudah mengetahui di mana Jho Low bersembunyi dan sedang menunggu waktu yang sesuai untuk menahan dan membawanya balik ke Malaysia bagi menjawab pertuduhan berkaitan skandal 1MDB.
Semalam pula, Abdul Hamid meminta orangramai bersabar berhubung penangkapan Jho Low.
“Macam mana kita bersabar menunggu waktu berbuka puasa, begitulah juga kita perlu bersabar menunggu penangkapan bilionaire itu.
“Satu hari lagi kita genap berpuasa, maka kita perlu bersabar. Begitulah seterusnya dalam waktu terdekat,” katanya lagi.
Kata sumber yang layak dipercayai, keyakinan tinggi yang ditunjukkan oleh Abdul Hamidi berhubung penangkapan Jho Low bukanlah perkara main-main.
“Kenyataan demi kenyataannya berhubung penangkapan Jho Low memberi gambaran bahawa bilionaire tersebut sudah ada dalam kawalan pihak berkuasa dan hanya menunggu masa saja untuk dibawa balik atau diumumkan secara rasmi.
“Jika Jho Low belum ditangkap, tidak mungkin IGP ada keyakinan sebegitu tinggi,” kata sumber itu lagi.
Skandal 1MDB telah menjadi isu besar bagi PH dalam PRU14 sehingga gabungan itu berjaya menumbangkan BN.
Disebabkan skandal 1MDB juga, Najib Razak kini sedang dibicarakan berkaitan dengannya sama ada berkaitan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.
Jho Low pula, sebaik BN kalah dilaporkan telah bersembunyi di beberapa tempat, antaranya Macau dan China.
Penangkapan Jho Low tentunya merupakan berita gembira buat rakyat Malaysia dalam era Malaysia Baru untuk mengetahui kebenaran skandal 1MDB yang diperkatakan di seluruh dunia itu.
Tanpa keterangan beliau, duduk perkara sebenar mengenai skandal 1MDB tidak akan sempurna jadinya.
Maka, rakyat Malaysia memang menunggu-nunggu dan tidak sabar menanti berita penangkapannya itu.
Apa agaknya perasaan Najib jika penangkapan Jho Low ini benar-benar menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini? (Shahbudindotcom 04/06/2019)

4 comments:

  1. selalu jho low menyalak dlm maya .. kalau dah senyap tu tanda dah kena tangkap lah tu ...
    http://emantapbro.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete
  3. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete
  4. Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

    -tunang/kekasih berpaling hati
    -minyak pengasih
    -pelaris niaga
    -pelet
    -pemikat
    -buka aura
    -santau sum power
    -pelaris dalam galian
    -santau angin
    -santau tepuk bantal
    -santau patung
    -santau Siam
    -santau di Kedah
    -ilmu pengasih
    -ilmu penunduk
    -buka aura

    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

    WhatsApp +62 822 4631 1483




    ReplyDelete