Takbir Raya Khas bersama YAB Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri, Menteri Besar - Menteri Besar dan Timbalan-Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Putrajaya
Pembangkang tidak senang dengan pemilihan aktivis dan penguam jadi ketua pesuruhjaya. Takkan nak lantik puak lebai yg bersekongkol ngan parti korup..
Tak kesahlah siapa pun yg di lantik jdi pengarah SPRM....yg di lantik tu hendaklah menjalan kan tugas dgn iklas jujur beramanah...semata2 kerana Allah dan tiada berkepentingan.
Dengar cerita bila Hamid Bador nak gabung dgn Latheefa Koya... Najib nak cari jalan keluar negara... takut apa bossmu? Dengar cerita Hadi Hadi keluar peluh jantan...
Otai BERSIH
Profil Ketua Pesuruhjaya @SPRMMalaysia, Latheefa Koya
Otai BERSIH
Kenyataan Akhbar.
Ketua Wanita Pakatan Harapan
*Tahniah Diucapkan Kepada Puan Latheefa Beebi Koya Di Atas Pelantikan Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Wanita Pertama Malaysia*
Putrajaya, 4 Jun 2019: Pelantikan Puan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Wanita Pertama Malaysia merupakan satu langkah yang amat positif dalam memperkasakan penyertaan wanita di dalam proses pembuat keputusan di Malaysia.
Dengan mempunyai latar belakang profesional yang mengagumkan, Latheefa Beebi Koya merupakan seorang peguam dan aktivis merupakan pilihan terbaik Kerajaan Malaysia dalam usaha mereformasikan tadbir urus ke arah yang lebih telus dan berintegriti.
Sebagai seorang peguam yang berpengalaman, beliau telah mengendalikan pelbagai kes berprofil tinggi dan juga yang membabitkan kepentingan awam.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga pelantikan ini akan mendatangkan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.
*YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin.*
Ketua Wanita Pakatan Harapan.
Ketua Wanita Pakatan Harapan.
No comments:
Post a Comment