Pekung PRU13 Umno BN Akhirnya Terbongkar..
BERA - Kelewatan maklum balas mengenai permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) mendapat kritikan pelbagai pihak, malah ada yang mendakwa program itu sekadar gula-gula menjelang pilihan raya, Mei lalu.
Mohamad Osman, 53, berkata, BL1M hanya bertujuan menarik golongan muda atau pengundi baru menyokong BN sedangkan program itu masih belum dilaksanakan hingga kini.
Sehubungan itu katanya, penjaga mahu pihak berkenaan memulangkan duit permohonan berjumlah RM199 dalam tempoh seminggu atau mereka nekad membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut.
“Saya yakin projek ini sebenarnya tidak mampu dilaksanakan kerajaan kerana sudah lebih empat bulan pemohon tidak menerima apa-apa maklum balas.
“Baru-baru ini, anak saya ada membuat pembatalan permohonan kerana mahu mengambil lesen B2 sendiri. Tetapi apabila diminta dipulangkan wang, mereka memberitahu akan membayar secara ansuran,” katanya.
Mohamad berkata, jawapan itu langsung tidak logik kerana semasa permohonan, setiap pemohon diwajibkan membuat pembayaran penuh, sebaliknya apabila pembatalan permohonan, bayaran balik akan dilaksanakan secara ansuran.
Dakwanya, keadaan itu jelas menunjukkan duit dikumpulkan menerusi BL1M di seluruh negara bertujuan menampung keperluan menghadapi PRU.
“Kami nekad untuk melaksanakan hasrat kami. Kami bukan mengugut tetapi sekadar mahu menegakkan hak kami. Jadi, pulangkan duit kami segera,” katanya.
Menurutnya, kegagalan BL1M menyebabkan anak-anak muda tidak dapat menjalani latihan dan ujian di mana-mana kelas memandu, selagi nama mereka belum dibatalkan. ~sinar harian
CAP: Skim BL1M lebih baik atau lebih buruk?
Majoriti kematian akibat kemalangan di jalan raya membabitkan penunggang motosikal terutama sekali penunggang muda. Pengenalan skim Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) hanya akan memburukkan lagi situasi semasa. Sebagai ganti, pihak berkuasa perlu memberikan tumpuan bagi menyediakan pengangkutan awam yang lebih cekap, mampu dan boleh diharapkan dan mengurangkan bilangan kenderaan milik persendirian di jalan raya.
Daripada 7,000 kematian di jalan raya setiap tahun di Malaysia, kira-kira 4,200 adalah penunggang dan pembonceng motosikal, kebanyakannya dalam kumpulan umur 15 hingga 25 tahun yang menunggang secara haram kenderaan ibu bapa mereka tanpa kebenaran.
Golongan miskin terutama sekali belia tidak mampu untuk membayar bayaran sehingga RM400 atau lebih yang dikenakan oleh sekolah memandu untuk mendapatkan lesen B2 untuk menunggang motosikal 250cc dan ke bawah. Sekitar 200,000 penunggang motosikal disaman setiap tahun kerana menunggang tanpa lesen. Skim BL1M cuba untuk mengatasi masalah ini.
Adakah simptom penyakit sosial yang melanda rakyat Malaysia kini adalah akibat kegagalan sistem pendidikan kita, kekurangan penguatkuasaan dan dipenuhi dengan rasuah? Sementara itu pihak berkuasa melengah-lengahkan tindakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Oleh sebab itu, sebagai ganti mengeluarkan skim BR1M, lesen memandu perlu dijadikan lebih sukar untuk memperolehinya. Pemandu yang sedang belajar perlu menjalani tempoh latihan yang lebih lama dengan kurikulum yang dipertingkatkan.
Siapakah yang perlu dipersalahkan apabila setiap orang perlu memiliki kenderaan sendiri untuk memandu atau bergerak ke sesuatu tempat manakala jalan raya dan infrastruktur kita penuh sesak dengan kenderaan. Membina jalan dan infrastruktur baru hanyalah penyelesaian jangka pendek. Ini menggalakkan lebih banyak kenderaan bergerak sebagai ganti menggerakkan lebih ramai orang.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa tidak meneruskan skim seperti BL1M untuk menyelesaikan isu keselamatan jalan raya dan lesen, tetapi sebagai ganti mengusahakan penyelesaian jangka panjang seperti:
1. Jadikan tempoh latihan bagi pelajar memandu lebih lama dan sukar untuk mendapatkan lesen;
2. Penguatkuasaan yang lebih ketat;
3. Tidak menggalakkan penggunaan pengangkutan persendirian dan memberikan tumpuan kepada memperbaiki pengangkutan awam.
Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
0 comments:
Post a Comment