Pages

Sunday, 7 July 2013

Di manakah Presiden Mursi ketika ini? - Masih hidup!.. & Selamat di dalam jagaan tentera!.. @ Teruk dibelasah...

Ahad, 7 Julai 2013
Di manakah Mursi ketika ini?
Gambar mangsa-mangsa yang terkorban dan cedera di Mesir

SELEPAS tiga hari ditahan, banyak persoalan belum terjawab. Pertamanya, di manakah Presiden Mohamed Mursi ketika ini? Apakah nasib beliau masih hidup dan selamat di dalam jagaan tentera atau teruk dibelasah?

Bagaimanakah pula nasib isterinya, Dr Najlaa dan anaknya yang diketahui terputus hubungan sejak penahanan komando tentera di rumah Pengawal Keselamatan Republik Khamis lalu atau Mursi menerima nasib sama seperti bekas pengasas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Hassan al Banna iaitu dibunuh atau dibicarakan untuk mendapat keadilan seperti Hosni Mubarak.
Mangsa terkorban
Tetapi pendakwaan atas kesalahan apa yang Mursi telah lalukan?

Segala persoalan ini belum terjawab dan membawa kepada banyak pertumpahan darah di Dataran Raba’ah dan kawasan sekitar Tahrir.
Sejak penggulingan Mursi, lebih 30 nyawa melayang termasuk tiga daripadanya ditembak tentera manakala lebih 300 cedera akibat dirempuh anggota keselamatan dan kumpulan anti Mursi di seluruh Mesir hingga menyebabkan bandar Port Said, Suez dan Ismalia darurat.

Dua hari selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden sementara Mesir, Adly Mansour mengumumkan pembubaran Parlimen dan menggantung Perlembagaan hingga tarikh pilihan raya ditetapkan.
Di manakah Mursi ketika ini?
Apa berlaku seterusnya?

Ketika Mursi memenangi Pilihan Raya Presiden 30 Jun lalu, beliau meraih 5.7 juta undi dalam pusingan pertama dan 13.2 juta dalam pusingan kedua, sekali gus menyaksikan gerakan Ikhwanul Muslimin melalui parti sayap Parti
Kebebasan dan Keadilan (FJP) memperoleh lebih 10 juta undi ketika Pilihan Raya Parlimen.
Pilihan raya itu dilakukan penuh cabaran demi mendapat demokrasi tanpa pertumpahan darah atau pemimpinnya ditangkap lalu disumbatkan ke dalam penjara atau lebih senang, dibunuh sahaja.

Parlimen Mesir diterajui Mursi kini dikhianati! Pemimpin kanan, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang dilantik oleh beliau akhirnya merampas kuasa.

Beliau menuduh Mursi melakukan hasutan keganasan, perang saudara, gagal menangani masalah ekonomi dan tidak menunaikan janji pilihan raya serta hanya melantik ahli Ikhwanul Muslimin untuk menduduki jawatan kanan.
Umat Islam Mesir berdoa supaya Allah mengembalikan pemerintahan Islam Morsi
Kejatuhan Mohamed Mursi dilihat sebagai kejatuhan kerajaan Islam dan matinya demokrasi di Mesir. Kejatuhan beliau turut memusnahkan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang telah kukuh sehingga ke tahap ini selama lebih 80 tahun.

Ini adalah kerana Mursi merupakan Presiden pertama negara itu dipilih rakyat secara demokrasi dan sedang berusaha membina kerajaan berasaskan Islam di Mesir, selepas kejatuhan Hosni dalam kebangkitan rakyat pada 2011.
Tetapi apakah nasib Mesir selepas ini, Presiden sementara mula membuat barisan Kabinet yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Dari Panglima Tetera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi hingga Penasihat Keselamatan Negara, Mohamed Raafat Shehata dan Menteri Risikan Ahmed Farid, semuanya mempunyai kaitan dengan Israel. Malah tidak mustahil, sekiranya bekas Presiden Mohamed El Baradei diangkat semula sebagai Presiden. Semua teka teki itu belum terjawab.

No comments:

Post a Comment