Pages

Tuesday, 2 July 2013

IC biru diberi pada warga asing walaupun dalam hutan & kedai kopi...

Selasa, 2 Julai 2013



'IC biru diberi pada warga asing walaupun dalam hutan'
RCI SABAH Pemberian kad pengenalan biru secara haram berlaku berleluasa hinggakan pekerja asing yang bertugas di dalam hitam juga ditawarkannya, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang asing Sabah diberitahu hari ini.

Seorang penerima Maming Saleng, 63, dari Sulawesi berkata, dia tiba di Sabah pada 1981 menggunakan pasport Indonesia dan bekerja dengan syarikat pembalakan di Kinabatangan.

Menurutnya, beliau berkata "ya" apabila pengurus kem pembalakan itu bertanya sama ada dia memerlukan kad pengenalan.
Memberi keterangan kepada RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu hari ini, Maming berkata, selepas itu, dua lelaki tidak dikenali datang ke kem untuk memproses permohonan itu, termasuk mengambil gambar, cap jari dan mengisi borang.

Menurut Maming lagi, dia membayar RM50 dan dua bulan kemudian berjaya mendapat kad pengenalan biru di kem itu dan perlu membayar RM100 lagi bila siap.

Kira-kira 20 orang lagi menerima kad pengenalan biru bersamanya, tambah Maming.


RCI: Warga asing beritahu terima kad pengenalan di hutan, kedai kopi
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Warga asing yang dipanggil memberi keterangan di Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini memberitahu panel  mereka memperolehi kad pengenalan di dalam hutan ketika bekerja di kem balak di Kinabantangan, dan juga di kedai kopi di Kota Kinabalu.
Mameng Saleng, 63, berasal dari Sulawesi memberitahu panel RCI beliau telah menerima kad pengenalan sewaktu bekerja dengan syarikat pembalakan pada 1980an selepas majikannya ketika itu mempelawa kad pengenalan tersebut kepada pekerjanya.
"Pada 1983 pengurus tanya saya mahu IC atau tidak, saya kata mahu ...," katanya kepada panel RCI yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong merujuk kepada kad pengenalan.
Mameng yang memasuki Sabah pada 1981 mengakui, segala urusan dokumentasi kad pengenalan yang ditawarkan kepadanya dilakukan di kem balak berkenaan, tanpa beliau perlu pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Saya tangkap gambar, isi borang semua di kem ... tiada surat akuan diperlukan," katanya ketika menjawab soalan pegawai penyiasat RCI.
"Masa itu ada dua lelaki (urus pemberian kad pengenalan) ... saya tidak kenal," katanya, dan menambah, proses mendapatkan kad pengenalan itu hanya mengambil masa sekitar dua bulan.
Bagi tujuan itu, beliau hanya perlu membayar sejumlah RM150, dan tidak pernah terlepas peluang mengundi ketika pilihan raya umum.
Sementara itu, Ahmad Soso, 53, mengakui menerima kad pengenalan di sebuah kedai kopi di Kota Kinabalu selepas bertemu seorang individu berketurunan Bugis bersama tujuh rakannya.
Ahmad yang lahir di Sulawesi berkata beliau hanya perlu membayar RM10 duti stem bagi memperolehi kad pengenalan, tanpa perlu menghadirkan diri ke JPN.
"Ada permohonan di buat, kami pergi jumpa satu orang Bugis di KK dia kata boleh tolong buat kad pengenalan," katanya merujuk kepada ibu negeri Sabah itu.
Proses berkenaan juga kata Ahmad hanya dilakukan di rumah lelaki tersebut, termasuk urusan mengisi borang dan juga cap jari.
"Dia tanya kami berapa orang, kemudian isi borang, dan cap jari diambil di rumah," katanya, dan menambah lelaki berkenaan juga tidak meminta sebarang surat sumpah atau sijil akuan.
"Cukup tiga bulan IC siap ... kami jumpa di kedai kopi untuk ambil," kata Ahmad lagi yang bekerja sebagai buruh di kebun bunga di Ranau.
Beliau yang mendaftar sebagai pengundi  turut mengaku di hadapan panel RCI bahawa beliau tidak pernah lepas daripada mengundi selepas memperolehi kad pengenalan, kecuali pada 1990 kerana jauh dari lokasi pengundian yang ketika itu dilakukan di Kudat.
Malah, ketika sesi RCI sebelum ini juga didedahkan pelarian perang dari Filipina telah diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara.
Dianggarkan sekitar 28 peratus daripada 3.2 juta penduduk Sabah adalah warga asing, menjadikannya berjumlah sebanyak 889,000 orang.
Sesi RCI pada Mei telah diberitahu Sabah mengeluarkan kad pengenalan 12 kali lebih tinggi berbanding Sarawak dengan 66,000 pendatang asing di Sabah telah menerima kad pengenalan biru sejak 1963.
RCI akan bersambung 9.30 pagi esok. - 2 Julai, 2013.
The Malaysian Insider.
Siapa kata mereka bukan pendatang asing yang di upah UMNO low

No comments:

Post a Comment