Ahad, 27 Julai 2014
Lima maut dan empat parah dalam dua nahas jalan raya di sini hari ini. Dalam kejadian pertama, dua pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Terengganu maut apabila dua kereta berlanggar di Jalan Chiku–Aring di Aring 8 di sini pada kira-kira 10.30 pagi.
Mangsa ialah Mohd Kosim Rashid, 39, yang memandu kereta Produa Alza dan adik iparnya, Azliana Ab Kadir, 30, seorang guru di Sarawak dan pulang bercuti untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung.
Mangsa yang parah ialah isteri Mohd Kosim, Arini Ab Kadir, 37, (mengandung tujuh bulan) serta tiga anak mereka, Mohd Aniq Izat Mohd Kosim, 10, Umairi, 9, dan Alisha Balkiq, 6, kini menerima rawatan di Hospital Gua Musang.
Kemalangan kedua pula berlaku di Kilometer 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai kira-kira pukul 1.30 petang membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan bas persiaran menyebabkan tiga sahabat dalam kereta itu maut di tempat kejadian.
Mereka ialah Suhariza Hassan, 35, dari Kampung Tawang, Bachok; Zulkifli Talib, 46, dari Kampung Temila, Pasir Puteh dan Mohd Zuki Ariffin, 41, dari Kangkong, Pasir Mas.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Saiful Bahri Abdullah berkata dalam insiden pertama, kereta dipandu Mohd Kosim dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Bertam, Gua Musang dipercayai terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung Nissan Grand Livina.
Beliau berkata kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Dalam insiden kedua, kereta dinaiki mangsa yang maut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pasir Puteh.
"Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kereta dinaiki mangsa yang cuba memotong kenderaan lain dan tidak lepas sebelum bertembung bas persiaran yang datang dari arah bertentangan,” katanya. - BERNAMA Posted by mountdweller
Saturday 26 July 2014
Gua Musang berdarah lagi...Lima maut, empat parah dalam nahas jalan raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Rabu, 26 Ogos 2015 - 8.30pm TERKINI - Secara Langsung 8.30pm, 26/8 Siaran tamat 11.00pm, Terima kasih & haraf maklum. Fokus ...
-
Jumaat, 17 Januari 2014 Punca Siti Najwa Atikah mati di Tasik UNIMAS - Penempuan mayat Siti Najwa Atikah di dalam sungai berdekatan...
-
Ahad, 30 Ogos 2015 Tonight: the yellow ocean at the background. Berita Lawak - 1 Juta Baju Merah Untuk Lawan BERSIH Oktober Ini...
-
Ahad, 10 Mac 2103 *Lakonan Potong Jari Bukan Berlaku di Sabah! *Palsu Video Kantoi : Bukan Polis Malaysia Kena Sembelih, Faktanya Ia ...
-
Salam sejahtera buat sekalian pembaca yang setia menunngu akan segala kemas kini dari laman ini. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa, penuli...
-
Isnin, 18 Januari 2016 Otai BERSIH Like This Page · 7 hrs · Edited · Apasal lama sangat baru dpt pi Makkah?...
-
Khamis, 18 Disember 2014 Otai Reformasi 2 hrs · Yg mencadangkan undang2 bodoh ni x pk ker masalah rakyat....p...
-
Jumaat, 18 November 2016 Bersih 5: Mahkamah beri laluan, KPN kata haram 18 November 2016 | MALAYSIA DATELINE Mahkamah Tinggi Kual...
-
Sambutan Hari Raya Korban tidak lengkap tanpa ibadah korban (sembelih). Seperti tahun yang sebelumnya, PAS cawangan Taman Meru tidak ketin...
-
Jumaat, 31 Mei 2019 Jom Channel Menurut Pekerja Veteran SKMM itu, Black Panther and Trio Ladies mahu menyingkirkan Timbalan Pendakwa Ray...
0 comments:
Post a Comment