Pages

Tuesday, 12 August 2014

KEMELUT POLITIK SELANGOR - Jangan sampai menggantung banner merata hentam rakan PR

Rabu, 13 Ogos 2014

KEMELUT POLITIK SELANGOR ... SUDAH ADA YANG MENANGGUK DALAM AIR KERUH.


Apabila Omak Kau mendapat rakaman gambar diatas sekali pandang jelas sudah ada musuh politik PR yang cuba menangguk dalam air yang keruh dan menahan jerat ditempat yang genting.

Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya termasuk spesis apa.

Ambil kesempatan dan peluang dengan ruang yang sedia ada untuk memporak-perandakan keharmonian dan sepakatan Pakatan Rakyat.

Walaupun kadangkala terdapat perselisehan pendapat dan pandangan tetapi tidak mungkin sampai mengantung banner merata hentam dan serang rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat kerana itu kerja tidak beretika, bermoral dan berakhlak langsung.

Awas dengan permaianan politik adu domba dengan menjaja cerita oleh pihak musuh .. penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat kena bijak melihat, berfikir dan menilai sesuatu isu yang dihidangkan .. Jangan mudah terperangkap dengan permainan licik pihak lawan.

Fokus kepada sumpah janji ikrar mau tawan Putrajaya demi memberi harapan baru kepada rakyat ... benda-benda remeh jangan diambil peduli.

Yang keruh dijernihkan .. yang terbarai di anyam kembali... Rakyat masih menaruh harapan dan berkeyakinan misi ke Putrajaya bakal menjadi realiti jika kita sesama kita bersatu hati.

SAYANG JANGAN BERTOMPOK-TOMPOK ... BENCI JANGAN MERATA-RATA.
Posted by 

KESEPAKATAN DAN MUAFAKAT DEMI RAKYAT

No comments:

Post a Comment