Pages

Saturday, 13 June 2015

Azmin - Alu-alukan parti politik baharu...

Ahad, 14 Jun 2015

Azmin - Alu-alukan parti politik baru yang mempunyai idea perjuangan dan polisi yang sama PR

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, semua pihak berhak menubuhkan parti politik masing-masing sebagaimana cadangan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa). – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Jun, 2015. 
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengalu-alukan penubuhan parti politik baharu yang dicadangkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), semalam.

Beliau yang juga menteri besar Selangor berkata, di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, mana-mana pihak berhak untuk menubuhkan parti politik masing-masing.

"Kami (Pakatan Rakyat) akan melihat terlebih dahulu apakah idea dan polisi Pasma sebelum membuat apa-apa keputusan," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Semarak Ramadhan peringkat negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

Katanya lagi, PR akan menerima mana-mana parti politik dan individu yang mempunyai idea perjuangan dan polisi yang sama.

Pasma mencadangkan parti politik baharu itu bagi menggantikan PAS dalam PR selepas PAS dalam muktamar tahunannya ke-61 baru-baru ini, menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP.

PAS dan DAP adalah parti gabungan dalam PR, di samping PKR. – Bernama, 14 Jun, 2015.

No comments:

Post a Comment