Fubhh...dasyat ayat nya...kikiki
1 EURO bersamaan MYR 5.18 . Ringgit malaysia mengalami susut mendadak seminggu nii , ekoran daripada tu , berlakulah kenaikan harga minyak walaupun harga minyak dunia tidak berlaku kenaikkan .
Tak mustahil , malaysia akan berlaku inflasi dalam tempoh 5 tahun kehadapan. Sebenarnya bukan salah kerajaan or pemimpin bila berlaku situasi begini , yang patut disalahkan adalah pendokong kerajaan zalim Babi Negara dan pengundi² UMNO / UBN kerana masih teguh percaya manifesto yang tidak menguntungkan rakyat tapi menguntungkan pemimpin sahaja . Jadilah rakyat yang bijak . Pilihlah pemimpin yang mampu membawa Malaysia menjadi negara maju seperti slogan wawasan 2020 . Sekarang dah 2015 , hanya ada 5 tahun baki untuk Malaysia achieve wawasan 2020 . Tapi boleh nampak , hanya akan jadi angan² sahaja . Tumbangkan UMNO / UBN !! Tak perlulah jadi negara maju...kalau menyusahkan semua orang......!!!! Dia Buat Hutang Suruh Kabinet Letak Jawatan |
Kabinet perlu mencontohi bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang bertegas melindungi hasil masa depan minyak dan gas negeri itu, kata seorang pemimpin PAS, menggesa mereka mengambil pendirian mengenai syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, anggota Kabinet perlu mempunyai “keberanian dan hati nurani” menyatakan pendirian mereka terhadap dana pelaburan negara yang dibebani hutang itu apabila diminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbuat demikian.
“Saya mungkin tidak setuju dengan beberapa dasar Ahmad ketika beliau menjadi menteri besar Terengganu, tetapi saya puji keberanian beliau menentang cadangan Najib mencagarkan pendapatan masa depan minyak dan gas Terengganu untuk TIA – nama 1MDB sebelum ini,” katanya merujuk kepada singkatan Terengganu Investment Authority (Lembaga Pelaburan Terengganu).“Beliau berani berdiri teguh dan menentang. Pendirian Ahmad itu melindungi pendapatan masa depan Terengganu. Bagaimanapun, pendirian menteri Kabinet akan melindungi kepentingan masa depan Malaysia yang lebih besar.
“Saya menggesa menteri Kabinet mencontohi pendirian berprinsip Ahmad dalam menyatakan pandangannya secara terbuka mengenai perkara yang memberi kesan kepada masa depan rakyat,” katanya
Awal bulan lalu, Ahmad memberitahu Dewan Undangan Negeri Terengganu, 1MDB cuba menggunakan minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran, tetapi keputusan itu kemudiannya ditarik balik.
Beliau berkata, cubaan itu dibuat ketika 1MDB dikaitkan dengan TIA, dan Najib nyata tidak berpuas hati dengan keputusannya.
Pendedahan Ahmad itu bagaimanapun kemudiannya dinafikan penggantinya Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
TIA ditubuhkan pada 27 Februari, 2009 dan menurut kenyataan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, namanya ditukar kepada 1MDB pada 25 September tahun yang sama.
No comments:
Post a Comment