Pages

Tuesday, 2 June 2015

[Video Muktamar Pemuda] Cari toleransi paling tinggi dengan bukan Islam, gesa Mat Sabu... 'Risalah caci mencaci mula bertebaran'

Selasa, 2 Jun 2015

Cari toleransi paling tinggi dengan bukan Islam, gesa Mat Sabu

 Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, sifat bertolak ansur dengan orang bukan Islam perlu diteruskan selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran agama dan peraturan parti. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Muktamar Pemuda PAS di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 2 Jun, 2015.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menggesa PAS agar menjaga akhlaknya terhadap orang bukan Islam supaya sokongan mereka kepada PAS dapat terus dikekalkan.

Katanya, sifat bertolak ansur dengan orang bukan Islam perlu diteruskan selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran agama dan peraturan parti.

"Tindakan kita janganlah sampai menghalau mereka yang bukan Islam daripada bersama kita.

"Menghalau mereka bukan daripada segi bahasanya, tetapi melalui perbuatan dan kenyataan kita.

"Carilah toleransi paling tinggi selagi ia tidak merosakkan akidah, bertentangan Majlis Syura, dan tidak melanggar prinsip perjuangan Islam," katanya sewaktu merasmikan Muktamar Pemuda PAS di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam petang ini.

Muktamar PAS 2015 - Risalah caci mencaci mula bertebaran, angkara siapa?

No comments:

Post a Comment