Pengundi Maya Malaysiakini memilih Ustaz Ahmad Awang & Mat Sabu
Pemilihan jawatan tertinggi PAS membuka lembaran baru apabila presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicabar pertama kali selepas 13 tahun pentadbirannya.
Malah, yang mencabarnya juga seorang tokoh ustaz parti itu dan presiden 17 tahun Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Ahmad Awang.
Di atas kertas atau di mata penganalisis, Hadi mempunyai kelebihan susulan kedudukan sebagai penyandang serta kecurigaan golongan proulama terhadap komitmen Islam Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun apa pandangan orang ramai, khususnya bagi penyokong yang melihat PAS sebagai tulang belakang penting kepada kekuatan pembangkang?
Apa kata netizen atau pengguna maya yang aktif mengulas dan mencorakkan pemikiran orang ramai terhadap PAS, sama ada sedar atau tidak?
Pembaca diminta mengundi seorang calon presiden dan timbalan presiden serta tiga naib presiden.
Tinjauan akan dijalankan dalam tempoh 24 jam dan dijangka ditutup pada jam 1 petang esok.
Ini Keputusan terkini...
0 comments:
Post a Comment