Friday, 5 June 2015

[Video] #‎Nothing2Hide - Najib bacul, penakut...'Hantar polis halang' Tun M

Jumaat, 5 Jun 2015



Video - Najib Penakut & PM Tak Gembira Dengan Keputusan Polis Batal Dialog

‪#‎Nothing2Hide‬: Former UMNO Batu Kawan leader Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan blasts PM Datuk Seri Najib Razak for being a "coward".

PM tak gembira keputusan kami, kata polis

Polis terpaksa membatalkan program perdana menteri, yang bertukar menjadi majlis dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, demi keselamatan walaupun tidak disukai oleh Datuk Seri Najib Razak.

“PM tidak gembira dengan keputusan saya tetapi demi keselamatan dan keharmonian saya terpaksa membuat pendirian dan membatalkan acara ini.

“Saya harap semua pihak yang mencintai keamanan memahami perkara ini,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Najib hari ini sepatutnya hadir dalam dialog terus terang bersama aktivis NGO dalam acara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Khalid bagaimanapun pagi ini mengumumkan pembatalan program itu atas alasan keselamatan.

Semalam, Mahathir dispekulasi meluas akan hadir dan bertembung dengan Najib dalam majlis itu.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu pagi ini benar-benar tunjuk muka dan berucap sebentar kepada orang ramai sebelum diminta berhenti dan diiring supaya beredar oleh polis.

- mkini


Nothing2Hide : Pahlawan takut nak datang hantar Hulubalang halang Tun Mahathir..



Polis menghentikan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada bercakap di forum tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.
Posted by Anak Sungai Derhaka 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena