Najib sokong ucapan Presiden Pas, serang DAP sempena hari jadi Umno
Amanat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak malam tadi menyokong kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan kerjasama kedua-dua parti itu.
Berucap sempena ulang tahun Umno ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Najib dalam petikan ucapan pemimpin Pas itu turut menyentuh tentang 'berpolitik demi kepentingan bersama'.
"Memetik ucapan Tuan Guru Hadi Awang: Kerjasama Umno-Pas kini adalah satu amalan politik yang sungguh matang kerana politik antara Pas dan Umno, kita tidak berkelahi sebaliknya kita berpolitik demi kepentingan bersama.
"Haji Hadi turut menyatakan dalam politik kita boleh berbeza pendapat tetapi dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara kita mesti bersatu serta bersama," ujar Najib di hadapan penyokong Umno dari seluruh negara.
Pengerusi BN itu juga menyebut tentang keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang kebetulan, katanya, berlaku hari ini apabila membatalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara Pas dengan PKR.
Perhimpunan yang menyaksikan Najib menyimpulkan amanatnya dengan memimpin bacaan doa itu turut menyentuh pendirian Pas terhadap DAP sekaligus menggambarkan kerjasama Umno-Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
No comments:
Post a Comment