Monday, 15 May 2017

[Video MP Kuala Langat PKR - RM4 Bilion Duit Orang Pencen (KWAP) Pun Ditibainya!] Pas semakin keliru, bercerai tetapi duduk serumah, kata bekas menteri.

Isnin, 15 Mei 2017

Pas semakin keliru, bercerai tetapi duduk serumah, kata bekas menteri

Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulau Pinang, Datuk Seri Shariff Omar menyifatkan Pas kini sedang mamai, dungu dan semakin keliru.
Parti tersebut bukan sahaja telah hilang hala tuju, malah mulai celaru selepas keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR oleh Majlis Syura.
Menurut bekas menteri kerajaan pusat itu lagi, Pas sepatutnya berpegang pada prinsip yang tegas.
"Kalau suami isteri dah bercerai, tak sah duduk sebumbung lagi.
"Tak elok di pandang dan jadi buah mulut masyarakat sekeliling.
"Masakan Pas tak ada maruah langsung, dah lah putus hubungan dengan PKR, tapi dok hemoi lagi, " ujarnya ketika ditemui semasa Program Khidmat Komuniti di Sungai Dua, yang turut dihadiri oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu semalam.
Tegasnya lagi, semua exco Pas yang ada dalam kerajaan negeri Selangor mesti melepaskan jawatan dengan segera.
"Kalau sayalah jadi depa, lepas parti buat keputusan putus, tak payah tunggu lama lagi dah.
"Masa tu juga bagi balik jawatan yang dipimpin oleh Azmin dari PKR.
"Amat memalukan kerana Pas sering bercakap pasal Islam, prinsip dan pendirian, tapi pemimpin mereka sendiri tidak konsisten dalam mengamalkan apa yang dicakapkan," jelasnya lagi.
Dalam pada itu beliau juga berkata seharusnya Pas sedar bahawa Umno telah terbukti sedang nazak.
"Umno kini amat memerlukan talian hayat.
"Nyawa Umno dah semakin tercungap-cungap setelah Bersatu menjadi saingan sehinggakan ahli mereka dah ramai keluar parti.
"Tapi Umno tetap mendakwa ahli mereka tidak luak, tapi setiap Parlimen ramai ahli mereka dah keluar parti dan masuk Bersatu, " tambahnya lagi.
Oleh kerana itu katanya, Pas mesti sedar, mereka hanya memberi tongkat kepada Umno bagi menyambung hayat hidup yang semakin tipis menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena