Pages

Friday, 12 May 2017

[Video "Pintu itu ditutup oleh PAS," kata Azmin] Pakatan Harapan perlu siap siaga, rakyat semakin jelas buat pilihan.

Jumaat, 12 Mei 2017

Related image

Pakatan Harapan perlu siap siaga, rakyat semakin jelas buat pilihan

Hakikat pertandingan tiga penjuru perlu disedari oleh semua komponen parti dalam Pakatan Harapan setelah Majlis Syura Ulama Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR semalam.
"Dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang telah mengesahkan keputusan Muktamar untuk berpisah dengan PKR atas hujah-hujah yang dikemukakan, maka jelas pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan. PKR adalah ikatan terakhir hubungan Pas dengan pembangkang atau Pakatan Harapan.
"Hakikat pertandingan tiga penjuru ini mesti segera diinsafi  dan semua komponen parti-parti Pakatan Harapan  terutamanya Bersatu," ujar Pengarah Strategi Amanah Dr Dzukefly Ahmad.
Belia berkata, dengan keputusan Majlis Syura Ulama itu, semua usaha dilaukan PKR dan Bersatu sebelum ini untuk menwujudkan persefahaman pilihan raya dan persefahaman politik gagal dilaksanakan.
"Segala usaha, khasnya oleh pimpinan PKR dan Bersatu, terutama di negeri Selangor sehingga ke hari ini, untuk meyakinkan dan 'memujuk' Pas untuk mewujudkan 'Persefahaman Pilihanraya Raya' (Electoral Understanding) kalau tidak pun 'Persefahaman Politik' (Electoral Pact) hampir mustahil atau mudahnya gagal dicapai.
Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad"Diingatkan pimpinan Pakatan Harapan, khasnya di Selangor, supaya segera menyusun strategi pilihan raya. Amat tidak bijak kerana suasana di Selangor khususnya, kita sekadar menyebutkan 'kita tengok selepas bubar parlimen dan izinkan pertandingan 'free for all'," ujarnya yang yakin usaha dilakukan oleh PKR dan Bersatu itu tidak akan dipersalahkan oleh penyokong masing-masing
Sebaliknya ujar beliau lagi, rakyat dan pengundi semakin jelas siapakah sebenarnya yang menolak formula 'satu lawan satu'.
"Rakyat juga harus tahu siapa yang akan memberikan kemenangan kepada Umno-BN dengan pertandingan tiga penjuru.
"Sememangnya bukan mudah tetapi kajian dan simulasi masih menunjukkan kejayaan mampu digapai dengan usaha yang gigih dan gandingan kerja yang berkesan.
"Bebanan dan derita rakyat kian memuncak dibawah kerajaan kleptokrat yang boros rakus dan bolot ini, " ujarnya,
Justeru Dzlukefly berkata, Pakatan Harapan dalam menghadapi PRU-14 ini hakikatnya hanya ada dua penjuru.
"Umno-BN yang hendak mempertahankan kuasa mereka dan muafakat pembangkang atau Pakatan Harapan yang mahu menamatkan kuasa BN.
"Penjuru ketiga, andainya wujud adalah tidak releven dan akan merosakkan pertandingan ini. Rakyat semakin jelas dan tidak perlulah untuk berpolemik umpama ingatan pepatah 'Sudah terang lagi bersuluh'," ujarnya.

No comments:

Post a Comment