LGE Dedah Jumlah Mengejutkan Sumbangan Tabung Harapan
Tukar Nama Ke Tabung World Cup'' - Pemuda UMNO main sindir2
Janji 100 hari HARAPAN berdepan masalah hutang RM1 trilion
Kerajaan mungkin menangguhkan pelaksanaan beberapa manifesto 100 hari Pakatan Harapan kerana hutang negara yang semakin meningkat, yang kini dianggarkan bernilai RM1 trilion.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata janji-janji itu hanya akan dilaksanakan apabila keadaan kewangan bertambah baik.
Antara janji yang mungkin terjejas itu adalah
- Subsidi bahan api untuk kereta di bawah 1,300cc dan motosikal di bawah 125cc
- Sumbangan KWSP untuk suri rumah
- Menyelaras dan meningkatkan gaji minimum
- Menangguhkan pembayaran balik PTPTN bagi mereka yang berpendapatan kurang dari RM4,000 sebulan.
"(Ini) untuk memastikan hutang RM1 trilion dikawal.
"Ia akan dilaksanakan apabila keadaan kewangan bertambah baik. Jika ia bertambah baik dalam 100 hari, bagus la.
“Kalau tak sempat (melakukannya dalam 100 hari), kita tetap komited untuk melaksanakan janji-janji itu tetapi tertakluk kepada keadaan kewangan,” kata Lim pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Lim juga mengumumkan bahawa “Skim Peduli Sihat” hanya akan dilaksanakan apabila keadaan kewangan bertambah baik.
“Walaupun kami ingin melaksanakan semua janji 100 hari, namun Kerajaan Persekutuan ini mempunyai tanggungjawab fiskal dan tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu dengan menyebabkan masalah kerajaan yang tentunya akan membawa negara ke arah muflis jika tidak dibendung.
“Kerajaan Persekutuan akan terus komited untuk memenuhi janji-janji manifesto apabila keadaan kewangan mengizinkan,” kata Lim.
Beliau berkata Kementerian Kewangan menumpukan kepada langkah-langkah fiskal kerajaan, terutamanya mengenai langkah-langkah kewangan yang akan dilaksanakan bagi memastikan kedudukan kewangan kerajaan kekal kukuh.
Antara langkah-langkah yang dicadangkan termasuklah mengurangkan hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1 trilion yang sebahagiannya disebabkan oleh skandal kewangan seperti 1MDB memastikan defisit Bajet negara masih dapat dikawal, katanya.
Lim berkata kerajaan persekutuan juga akan memastikan baki semasa tidak mengalami defisit.
“Hutang itu adalah komponen kritikal,” katanya.
Mk.
No comments:
Post a Comment