Pages

Thursday, 31 May 2018

[Video Pemimpin Umno Mengaku BN ANGKUH & Samseng] Umno Baru dah POKAI & Umno Bercutilah 5 tahun! Tol Sungai Besi kurangkan kutipan 50 peratus mulai esok.

Jumaat, 1 Jun 2018
No automatic alt text available.
Image result for shahidan kassim n raja perlis
No automatic alt text available.
Image result for UMNO Is DeadImage may contain: 1 person, text

Tol Sungai Besi kurangkan kutipan 50 peratus mulai esok

Kutipan di plaza tol Sungai Besi yang dikendalikan Plus Malaysia Berhad akan dikurangkan antara satu hingga 50 peratus yang akan berkuatkuasa esok, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (MHA).
Ini berlaku kerana konsesi tol untuk lebuh raya tertentu yang dikendalikan oleh Plus tamat tempoh - iaitu Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway.
"Dengan berakhirnya tempoh konsesi untuk jangka masa tertentu, bayaran tol untuk semua kenderaan masuk dan keluar di plaza tol Sungai Besi akan dikurangkan antara 50 hingga satu peratus (atau 40sen hingga RM1.70) bergantung kepada jarak perjalanan dan kelas kenderaan," kata MHA dalam satu kenyataan malam ini.
Walau bagaimanapun, pengguna jalan raya masih perlu membayar tol untuk perjalanan lain di Lebuhraya Plus, kata MHA.
"Penamatan (konsesi) akan memberi manfaat kepada 130,000 kenderaan yang melepasi tol setiap hari.
"Pengguna yang melalui plaza Tol Sungai Besi masih perlu membayar tol untuk Lebuhraya Plus Express mengikut jarak yang mereka gunakan," katanya.
MHA berkata kadar tol baru boleh didapati di www.plus.com.my atau aplikasi Plus Mobile App.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment