Pages

Tuesday, 18 September 2018

[Video Dia Milik Orang & Tok Pa dan Anifah Aman Tinggalkan Parti] Grand Design UMNO+PAS+PKR MUSNAH apabila melayu umno sudah BERPECAH! Malapetaka yang dahsyat sedang menimpa Umno akibat salah strategi politik Presiden Pak Jahid?

Rabu, 19 September 2018
Sekadar hiburan semata2

Image may contain: 5 people, people standing and text
Tumpang sekole.

GRAND DESIGN UMNO PAS PKR MUSNAH BILA MELAYU UMNO SENDIRI BERPECAH

BETAPA hina dan rendahnya padangan pemimpin-pemimpin PAS sekarang terhadap parti UMNO setelah tergulingnya kerajaan UMNO  dan mahu berkongsi masa depan dengan PAS ternyata dari  kenyataan Presiden PAS  Haji Hadi  yang mengatakan UMNO kini dalam kawalan Pas.

UMNO cuba meyakinkan orang Melayu bahwa langkahnya kearah kerjasama politik dengan PAS akan membawa kepada perpaduan Melayu dan Islam yang terbesar  di negara ini.

Yang tersirat dibalik langkah ini  sebenarnya adalah hasrat  UMNO untuk kembali berkuasa dengan segera menerusi grand design  menerusi rundingan  Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang mempunyai hubungan special dengan  Presiden PKR Anwar Ibrahim bagi membawa perpaduan Melayu yang lebih besar menerusi gabungan atau perikatan  UMNO  PAS dan  PKR bila Anwar menjadi Perdana Menteri.

Anwar mungkin  akan menjadi Perdana Menteri lebih awal dari yang dijangkakan.
Bagaimanapun harapan  pemulihan kekuatan UMNO dengan langkah  kerjasama lebih awal dengan PAS  telah menerima   tamparan paling hebat apabila Mustapa Muhamad Penegerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang juga wakil Parlimen Jeli yang  dianggap sebagai permata berharga UMNO degan  kekuatan moral  tersendiri pada  pandangan rakyat dan juga penyokong UMNO  telah bertindak keluar dari UMNO.

Punca utama tindakan Mustapa itu adalah kerana beliau tidak percaya kepada pakatan berunsurkan perkauman dan agama yang  sempit UMNO dengan PAS yag menjadikan  UMNO tidak lagi relevan bagi masa depan politik negara ini yang semakin dinamik. 

Bersubahat dengan PAS menampakan kepada seluruh rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa  UMNO percaya stratiji  perkauman dan Islam akan membangunkan kekuatan politik Melayu. 

Malapetaka yang dahsyat  sedang menimpa UMNO akibat dari stratiji politik Presiden UMNO Zahid Hamid yang juga berkecedorongan agama ialah tidak sahaja membawa kepada pandangan serong rakyat Malaysia  yang waras terhadap UMNO tetapi telah  menyebabkan perpecahan Melayu dalam UMNO sendiri yang berasaskan kepada nasionalisme Melayu yang liberal.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dengan berani menuduh presiden UMNO bertanggungjawab atas tindakan Mustapa keuarr dari UMNO.

Langkah Mustapa ini akan diikuti oleh lebih ramai lagi pemimin-pemimpin dan ahli-ahli  UMNO yang terus menyimpan perasaan anti dan benci  PAS kerana terluka perasaan mereka  dikafirkan oleh Haji Hadi dan menambah luka bila Hadi mengatakan bahawa sekarang UMNO di bawah kawalan PAS.

Mustapa menentang keras langkah UMNO ini mengorbankan identitinya dan konsep asalnya.Mustapa   yang telah lebih  40 tahun menjadi ahi UMNO percaya kepada "UMNO should be a party that is inclusive,moderate and centris" atas  prinsip ini diasaskan oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman.

Tentulah bukanlah lagi identiti  UMNO  bila  mahu menunjukan kekuatan Islam dan Melayu  menerusi hudud dan sebatan keatas wanita Islam didepan umum ketika kaum wanita menuntut penghormatan terhadap maruah mereka dan juga persamaan hak dan keadilan sesuai dengan peradaban dunia bertemandon dan maju.
Posted by 

No comments:

Post a Comment